CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29184|Reply: 2

[Politik] Gelombang kemenangan BN bakal dibawa ke PRK Mahkota

[Copy link]
Post time 18-8-2024 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Gelombang atau momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri bakal dibawa dalam satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota yang akan berlangsung pada 28 September ini.

Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kemenangan itu juga membawa imej positif bagi Perhimpunan Agung Umno (PAU) bermula Rabu ini bahawa parti itu mampu pulih dan bangkit selepas proses pembersihan dalaman dilakukan sebelum ini.

Katanya, kemenangan besar BN yang berjaya merampas semula kerusi Dun Nenggiri daripada Perikatan Nasional (PN) adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya seperti kempen tempatan yang berkesan dan pakatan strategik dengan Pakatan Harapan (PH).

"Faktor lain adalah kepimpinan (Presiden Umno) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang enam kali pergi ke Nenggiri dalam PRK ini, menyusun strategi secara lebih efisien dan menangani kebimbangan pengundi pada tahap yang lebih lokal.

"Selain itu, terdapat rasa keletihan dalam kalangan pengundi terhadap kepimpinan atau dasar Pas yang menyebabkan peralihan sokongan. Keupayaan Umno untuk memanfaatkan sentimen ini dan menawarkan alternatif yang berdaya maju mungkin memainkan peranan utama dalam mencapai kemenangan.

Kejayaan ini sememangnya boleh meningkatkan moral bagi Kerajaan Perpaduan dengan menunjukkan keberkesanan gabungan mereka dan keupayaan untuk menang di kawasan yang mencabar," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Semalam, BN berjaya merampas semula kerusi Dun Nenggiri selepas calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dalam PRK kawasan itu dengan majoriti besar 3,352 undi.

Ketua Pemuda Umno Kelantan itu memperoleh 9,091 undi untuk menewaskan pencabarnya calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN yang meraih 5,739 undi.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, pihaknya melihat isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) termasuk kontroversi komik Superman Hew dan tuduhan pengaruh DAP terhadap Umno semasa kempen dalam PRK Nenggiri juga tidak berkesan dalam 'menggugah' pangkalan pengundi tertentu.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 10:03 AM | Show all posts
alhamdulillah rakyat dah dpt menerima umno semula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.349082 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list