View: 28902|Reply: 114
|
"Jika benar berita ini, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar" – Datin Patimah
[Copy link]
|
|
Ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukur jika benar berita perceraian anaknya dengan Ira Kazar seperti yang dilaporkan.
Memetik Harian Metro, hangat diperkatakan mengenai Syamsul sudah memfailkan cerai terhadap isterinya, Patimah turut berharap anaknya itu kembali ke jalan yang benar.
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Jika benar berita ini, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar,” katanya.
Sementara itu, Datin Patimah berkata dia sudahpun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku apatah lagi rumah tangga menantunya itu sudah pun hancur.
“Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa,” katanya.
Hari ini, peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili Syamsul mengesahkan anak guamnya sudah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Menurut Azmi lagi, Syamsul memfailkan perceraian tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina pada 6 Janurai 2023.
Sumber: Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
Wah sgt direct to the point datin |
|
|
|
|
|
|
|
Lampuled replied at 20-8-2024 08:08 AM
Wah sgt direct to the point datin
X de pusing2 langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg Datin ni one of a kind..selalunya mak Ni redha je anak dia kawen lain..since anak dia yg jate tu kan..so slowly dia terima seadanya wife baru Anak dia.tp Datin Ni cm berkerat Rotan berpatah arang sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn lah gitu datin....
Kami tau datin happy dgn perceraian tu tpi jgn lah show off sangat
Tak baik tau Datin mendoakan dan gembira dgn perceraian anak sendiri
Sorok2 sikit perasaan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Whilst Tok Usop Selam komen begini......
Allahuakbar.... Saya tak tahu Syamsul fail cerai - Yusof Haslam
Fatin Farhana Ariffin
[email protected]
KUALA LUMPUR: "Saya tidak tahu apa-apa sebab kami sudah bertahun tidak berhubung."
Itu jawapan bapa Syamsul Yusof, iaitu Datuk Yusof Haslam berhubung laporan menyebut pengarah kontroversi itu sudah memfailkan perceraian terhadap isteri, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.
Yusof ketika dihubungi BH Online enggan mengulas lanjut kerana tidak tahu menahu soal itu termasuk kemelut rumah tangga membabitkan Syamsul dan Ira.
"Allahuakbar... Saya tidak tahu mengenai hal ini. Kami sudah tidak berhubung, malah, Aidilfitri pun dia (Syamsul) tidak balik (ke rumah keluarga). Dia tidak hubungi kami, jadi, kami tidak berani komen sebab tidak tahu langsung hal ini.
"Jadi, memang kita tidak tahu apa-apa. Macam mana kami hendak tahu dengan keadaan begini," katanya.
Harian Metro melaporkan Syamsul, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Sumber Harian Metro dilapor berkata, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.
Syamsul dan Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
bersyukur sbb masjid anak ko runtuh? biar betul datin ni...islam ke idak? datin tau tak iblis bertepuk tgn bila sesebuah masjid yg dibina runtuh atau diruntuhkan.. astaghfirullahalazim..iols x sangka lah datin ni punya sikap yg mcm ni..tunggang gelaran ibu bapa semata2 nk puaskan hati sendiri... kalau ye pun x suka pun x perlu kot nk bersyukur bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haa dia jenis transparent dan tak hipokrit yaa
Tak suka yaa tak suka
Takde nak acah2 terkezut
Atau post quote banyak2 mcm mertua dr temasik tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah ini syarat yg diletakkan supaya dpt kembali ke rumah? |
|
|
|
|
|
|
|
i x suka ira i x suka sol. tp x penah doakan x baik rumahtangga dorg.dan kau sebagai ibu, patutnya jgn seronok sgt jd benda mcmni.
org kita selalu lupa, bila benda x baik kena kat dia, dia kata ujian. bila benda x baik kena kat org lain dia kata kifarah. |
|
|
|
|
|
|
|
Datin ni ibu yg baik sbenanya..dia tahu peranan dia..dia mmg msk cmpur kaw2 time krisis je..sblm2 ni mana ada berbunyi ape2.. |
|
|
|
|
|
|
|
chekacheku replied at 20-8-2024 09:45 AM
Datin ni ibu yg baik sbenanya..dia tahu peranan dia..dia mmg msk cmpur kaw2 time krisis je..sblm2 ni ...
Hahahha comelnya komen! |
|
|
|
|
|
|
|
while ps mendonia dgn mamat endon tu...cepatla satukan balik tin timah.agar kurang rempanan di ig. |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba bawak menantu baru ya Tin Timah.. yeayy |
|
|
|
|
|
|
|
datin ni tak rasa ke anak dia pun gila? |
|
|
|
|
|
|
|
Savage tinpat
OK lah at least dia direct terus, tak hipokrit.
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn happy sgt tin, tgk lepas ni sol bawa menantu baru lagi teruk dari IK
teruk camner aku tak tau |
|
|
|
|
|
|
| |
|