CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42991|Reply: 6

[Tempatan] Video disunting pulak, Wan Ahmad Fahysal lapor polis

[Copy link]
Post time 20-8-2024 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-8-2024 11:25 PM

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Probumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung video tular membabitkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketuanya, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata, laporan itu dilakukan terhadap akaun media sosial yang melibatkan komponen Kerajaan Perpaduan kerana memuat naik video berbaur fitnah.


Menurutnya, rakaman berkenaan telah disunting sehingga memperlihatkan Muhyiddin mempertikaikan tugas dan peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16.


“Puncanya apabila laman media, telah menyunting (rakaman kempen Muhyiddin) secara salah dengan niat untuk melaga-lagakan Perikatan Nasional (PN) dan Raja-Raja Melayu.


“Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana mengambil rakaman singkat bagi mendorong, melagakan serta menyebarkan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi pada Selasa.


Sebelum ini, tular satu rakaman memaparkan bekas Perdana Menteri itu seolah-olah secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi YDPA ke-16.


Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin kerana memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.


Ekoran itu, Istana Pahang membuat satu laporan terhadap Muhyiddin kerana menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fahysal menegaskan, video tular itu bertentangan dengan perjuangan parti yang secara dasarnya mempertahankan agama, bangsa dan negara.


“Tidak mungkin kami (pembangkang) cuba untuk meruntuhkan institusi raja sedangkan kami paling lantang mempertahankan hak Melayu dan Islam ketika UMNO di Parlimen berdiam diri.


“Oleh itu, kami bangkit mempertahankan dan mendangkal tuduhan daripada pihak ini.


"Ini adalah permainan politik dan pembunuhan watak terhadap Muhyiddin,” ujarnya. -- Sinar Harian










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x boleh la tgk mamat jargon ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak Istana dah marah...dah buat polis report. Mestilah dah ada bukti kukuh. Dah 2 tahun masih pertikai keputusan Agong nak pilih Anwar. Midin pun tak cukup jumlah .menipu guna SD yg tak valid.Bila Agong suruh kedua2 pihak bekerjasama Midin sendiri yang tolak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa lak mat jargon jadi tukang sibuk kata ada manipulasi video.  Tuan punya badan sendiri pun x nafikan siap ckp dia ckp betul lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha masing2 naik lupa nak spin apa lagi sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu video najib diedit macam2 takde pon sampai koyak rabak camni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2024 10:22 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048597 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list