CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74826|Reply: 0

[Sarawak] Limbang sedia gamit pelancong luar dengan 17 kawasan menarik

[Copy link]
Post time 24-8-2024 10:20 PM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman menjala buah kelapa sebagai simbolik perasmian Jeti Santaba di Kampung Patiambun, Limbang hari ini.

LIMBANG: Limbang bersedia menarik kemasukan pengunjung luar melalui sektor pelancongan domestik dengan mengenal pasti destinasi menarik di bawah Majlis Daerah Limbang (MDL).

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sebanyak 17 kawasan dan destinasi pelancongan menarik dikenal pasti di Limbang untuk menarik kemasukan pengunjung luar.

Beliau berkata, antaranya ialah Kuil Buddha Bukit Mas, Taman Tasik Mas, Lumpur Bebuak Meritam, Air Terjun Semabat, Jeti Santaba, Luagan Kebongor, Ladang kerbau Bukit Bebuak Kampung Belading dan sebagainya.

“Ini adalah tugas MDL untuk mengenal pasti kawasan-kawasan berpotensi untuk dijadikan destinasi pelancongan.

“Setakat ini Limbang mempunyai 17 kawasan menarik dikenal pasti yang menarik minat pengunjung dari Eropah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas perasmian Jeti Santaba 2024 di Kampung Patiambun, Limbang hari ini.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat, Setiausaha MDL Petrick Linggi dan Penghulu Ahmad Mail.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, Jeti Santaba di Kampung Patiambun yang terkenal dengan keindahan hutan paya bakau di pesisiran Sungai Limbang boleh dibangun sebagai ekopelancongan kerana memiliki persamaan dengan keindahan salah satu sungai di Vietnam.

Katanya Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) membelanjakan RM1 juta tahun lepas untuk menyambung pembinaan jeti sejauh 1.6 kilometer di kawasan itu bagi membolehkan aktiviti ekopelancongan diketengahkan agar pelancong memilih Malaysia sebagi destinasi terbaik dan pilihan pertama untuk menikmati ekopelancongan.

Beliau juga mahu MDL membuat perancangan rapi untuk membangunkan kawasan pelancongan itu dengan membina prasarana awam termasuk tandas kelas pertama dan kemudahan lain.

“Limbang kaya dengan kawasan semula jadi, flora dan fauna, makanan dan kebudayaan yang perlu dimanfaatkan untuk menarik kedatangan pelancong.

“Kita akan berusaha untuk mengenal pasti kawasan menarik sejajar dengan usaha kerajaan untuk membina infrastruktur asas, jaringan jalan raya, elektrik, air bersih, sektor pertanian dan sebagainya,” katanya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.077396 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list