CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87598|Reply: 17

[Politik] PAS gagal ketika jadi kerajaan

[Copy link]
Post time 15-9-2024 03:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-9-2024 11:42 AM


Dakwanya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyuarakan isu itu di pentas Muktamar semata-mata mahu menarik sokongan terutama dari kalangan pengundi konservatif.


KUALA LUMPUR – Dakwaan Presiden Pas bahawa parti-parti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan tidak berwibawa menangani DAP berkaitan isu pensijilan halal hanya retorik sahaja.


Hakikatnya, Pas gagal menangani banyak isu semasa parti tersebut menjadi sebahagian kerajaan, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.



“Dakwaan Hadi Awang bahawa parti Melayu dalam kerajaan lemah dan tidak mampu menangani rakan bukan Islam lebih kepada retorik untuk menunjukkan kemampuan Pas jika diberi peluang memerintah negara.


“Namun ketika Pas memerintah negara bersama PN (Perikatan Nasional) ternyata banyak isu tidak dapat ditangani Pas,” katanya kepada MalaysiaGazette.


Sedangkan, UMNO masih memainkan peranan dan pengaruhnya UMNO bagi memastikan kaum Melayu tidak terpinggir.


Bahkan, banyak isu yang terkait dengan Melayu dan Islam berjaya ditangani secara baik oleh UMNO.


“Pendekatan UMNO lebih moderate (sederhana) sejak UMNO memerintah negara puluhan tahun dahulu. Segala isu berkaitan Melayu dan Islam ditangani secara rasional dan bijaksana, bukannya secara retorik dan sentimen, atau tidak bersifat window dressingketika perhimpunan parti,” katanya lagi.


Jelas Azman Awang, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih stabil dengan pendekatan yang inklusif, menekankan keharmonian kaum dan agama.


“Malah, parti Melayu dalam kerajaan terus memegang kuasa yang signifikan, terutamanya dalam memastikan dasar berkaitan Melayu dan Islam dipertahankan melalui kerjasama dengan parti-parti lain,” katanya.


Semalam, ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Kompleks Al-Makmur, Kerdau hari ini, Abdul Hadi berkata, biarpun kebanyakan parti dalam kerajaan adalah berpandukan kepada Melayu dan Islam, ia masih gagal untuk mempertahankan perkara yang melibatkan kesucian agama Islam daripada dicampuri oleh masyarakat bukan Islam.


Beliau turut menyeru parti-parti yang menyertai Kerajaan Perpaduan supaya tidak terus bersekongkol dengan kepincangan dalam pemimpin bukan Islam dengan mempersoalkan isu berkaitan agama rasmi negara.- MalaysiaGazette


Single Polls, Total 28 Users voted

Count down: 29702 Days20 Hours21 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa sumbangan duta khas timur tengah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
No anwar no dap no bersatu

PAS kalu wa no hal
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Di dalam majlis pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan suatu waktu dahulu pun, set² depa ni boleh sembang perihal rezab REE negeri (dibacakan menjarah alam sekitar dengan niat ada imbuhan) tanpa ada sekelumit perasaan bersalah.

Yang sorang lagi, hadir majlis apatah tapi sembang merendah diri untuk bercakap besar perihal dia tangkap polis yang cuba tangkap dia.

Gini ke level pemimpin?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:55 AM | Show all posts
Edited by zasrfikri at 16-9-2024 11:03 AM

parti hijau ini mmg x reti mentadbir pun. nasib baik mb ganu pandai pentadbir. sampai skang still terkejut dan ingat pakcik tua org kuat parti hijau ini yg kenduri kahwin pun letak bendera hijau bulan sebesar besar alam duk mengumpat pasal org mati hanya kerana org tu parti ameno. yg duk melayan mengumpat itu makcik tua tudung labuh ya. masa tu baru realized parti hijau ini mmg dasar penunggang agama. pakai kopiah, kaki masjid, tudung labuh, pakai niqab tapi mengumpat sebiji mcm ahli neraka ya. dorg ni dah lama guna konsep matlamat menghalalkan cara. kalau x, takde la sanggup cium mulut dgn dap dulu, walaupun berbakul bakul sebelum tu kutuk dap. skang dorg dah tak ngam tapi dlm politik anything can happen.
sbb tu jgn guna nama islam dalam parti. pakai kopiah, tudung labuh tapi mengumpat, menghina dan fitnah org. free free wat nampak islam teruk. siyes parti bulan hijau ini mmg disaster. kalau nak kata pkr tu teruk, teruk lagi parti hijau ni sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada a few negeri bwh diaorg...why not bangunkan negeri negeri Tu dulu, bg semua rakyat terbeliak biji Mata...zero miskin, zero kes yg bukan bukan, negeri terpaling bersih, aman dan damai..terpaling byk kerja...then baru rakyat terbuka mata..

Yg takleh tahan yg kes beli merz byk byk tuh...bmf sgtttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 15-9-2024 08:25 AM
Apa sumbangan duta khas timur tengah?

Knp perlu wujudkan post ini...patutnya dia jadi menteri pendidikan or menteri agama or perpaduan etc etc
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 16-9-2024 11:06 AM
Knp perlu wujudkan post ini...patutnya dia jadi menteri pendidikan or menteri agama or perpaduan e ...

Sebab jawatan lain telah dipenuhi.
Mau tak mau, maka terwujudlah satu jawatan baru yang dirasakan bersesuaian dengan kredibiliti dan kepandaian dia... walopun umum tau jawatan tu tidak berfungsi celah mana pun.
Andai dia menjawat Duta Khas Pantry Negara sekalipun, belum tentu dia mampu bawa dengan lebih jauh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta la sangat

Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 09:49 AM | Show all posts
Jangan pangkah PAS pada hari mengundi PRU16
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Adi ni senyap je masa PAS jadi partai pemerintah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Terang lagi bersuluh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeddi Bawang ni kalo pmx ada dlm Parlimen dia akan ponteng...nmpak sgt x berani nak berhujah face to face dgn pmx takut kantoi segala pembohongan dgn fitnah2 dia selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 12:17 AM | Show all posts

terpaling ultra ketuanan melayu
terpaling islamik serambi
terpaling halal
terpaling jaga aurat
terpaling BMF
terpaling palestin..

ujung2 balik rumah sontot anak sendiri.. jubur budak tahfiz gak yg ko cari.

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pertama sekali adalah siasat orang yg keluarkan statement semua restoran perlu apply sijil halal jakim. Theresa kok tu cuma responding kepada statement tersebut.

Masalah utama adalah ada umat islam sendiri yang selesa masuk restoran bukan islam kerab
na mereka yakin halal dan nak cuba benda baru dan trending. Nampak aje restoran baru yg sajikan menu antarabangsa terus aje masuk. Golongan muda yg banyak buat mcm ni. Asal trending aje nak cuba.Golongan tua lebih berkira nak makan di mana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 25-9-2024 07:47 AM
Pertama sekali adalah siasat orang yg keluarkan statement semua restoran perlu apply sijil halal jak ...

Itulah, aku pun x faham mengapa org serang Ahso tu, kata dia hina Islam bagai...... Isunya dia cuma buat kenyataan balas.... Sbb perkara tu mmg terkait dgn non muslim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 10:41 AM | Show all posts
malas nak tulis lebih.
memalukan umat islam saja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 12:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.397302 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list