CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24632|Reply: 189

‘2 bulan tak sebumbung, saya harap dia bersungguh pujuk’ - Fazura kecewa Fattah Amin tidak berusaha memujuk atau menawan semula hatinya

[Copy link]
Post time 7-10-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode





Dua bulan tidak sebumbung, pelakon Nur Fazura kecewa apabila Fattah Amin tidak berusaha memujuk atau menawan semula hatinya, sebaliknya hanya menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp.


Kata Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, aktor terbabit cuma menyatakan keinginan mahu bersemuka selepas dia memfailkan permohonan cerai.


“Dah tak sebumbung dua bulan. Dalam tempoh itu pun saya mengharapkan suami datang memujuk. Bukan setakat Whatsapp mesej ‘selamat pagi’, ‘selamat malam’ dan ‘saya minta maaf’.


“Saya harapkan lebih daripada itu, datang ke rumah (jumpa) walaupun saya tengah marah. Sebagai isteri kadangkala kita mungkin marah, saya harap dia bersungguh pujuk, bukan mesej sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online, di sini hari ini.





Menurutnya, dia berdoa agar Allah membuka hati bersungguh-sungguh untuk berjumpanya bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.


“Saya bercakap benar dan Allah mendengar. Allah tahu saya tak tipu. Saya bukan cakap nak selamatkan diri saya sahaja atau apa.


“Dia ada datang beberapa kali untuk jumpa anak, dia datang lagi sehari sebelum cerai untuk ambil pakaian dan ada dia datang pada hari saya failkan penceraian.


“Memang ada banyak kali juga saya cakap tak mahu jumpa. Tapi, dalam keadaan hati saya remuk, saya berdoa kepada Allah agar dia datang bersungguh-sungguh pujuk saya. Mungkin saya lembut hati waktu itu. Dalam dua bulan itu tak ada inisiatif yang benar-benar dia nak memujuk saya,” ujarnya.




Aktres yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari itu berkata demikian selepas sah bercerai talak satu dengan Fattah Amin, pukul 9.45 pagi tadi.


Menurutnya yang mengakui bersedih biarpun perpisahan tersebut adalah kehendaknya, pintu hati sudah tertutup selepas Fattah curang, tidak memberi nafkah serta tiada persefahaman antara mereka.


Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan terbabit sah bercerai apabila Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.


Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Dalam prosiding terdahulu, mahkamah dimaklumkan Fattah belum bersedia untuk bercerai dengan Fazura.




Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu sering menjadi sorotan selepas timbul dakwaan keharmonian mereka diganggu orang ketiga.


Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 01:35 PM | Show all posts
adoi byk gila pasal dia org ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:38 PM | Show all posts

Betul betul kena pujuk ..sebab orang perempuan merajuknya lain. Fatah kena tengok banyak cerita Korea baru dia pandai pujuk/ambil hati wife.

Tak apa la harap Fake boleh jumpa lelaki/suami baru yang lagi romantiss :-)
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:39 PM | Show all posts
yeke fattah tak pujuk.tengok ig siap thank kat mommy dia lagi bagi keluar dengan fatima.. fattah macam soft je..macam satu betul ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak baru je tgk video pakcik tua pujuk bini dia td
Dah la depan org ramai pujuk2 bagi bunga
Ntah konten apa, aneh2 ya org skrg ni

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:43 PM | Show all posts
jejai replied at 6-10-2024 09:39 PM
yeke fattah tak pujuk.tengok ig siap thank kat mommy dia lagi bagi keluar dengan fatima.. fattah mac ...



pujuk guna watsap guna IG tu laen kawan.

Suami isteri kena face to face .. kena bawa bunga, kena tunggu dlm kereta depan gate (mcm jejai dgn pasha dulu) .. walau kena marah tetap cari jalan jumpa wife. Biasa la kita golongan para isteri yang merajuknya ada kala keras kepala .. tapi kan lelaki diberi banyak akal so gunakan la akal itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Fattah pujuk la tu cuma cara dia jauh beza dgn topui. Tu faz xmkn pujukan. Mana la nk compare dgn org yg biasa dpt pujukan selori belon. Fatah jenis pujuk mcm tu, ketara la faz ni dah kertu pon xmatang lg
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
OK laa tu fatah,, ni laa masa nya ko nak bela diri,, selama hari ni bini kene hentam teruk pun,,, jrg tol nampak pertahankan kan wife,, yiiniii masa ya utk bela diri,, mohon bela diri sungguh2 yaaaa bagai di kata,, buang title kayu tu,,, kalau pandai bela diri,,, confirm boleh bela isteri,, anak kemudian hari,,, goodluck bebeh huhuhu,,, panjang lg drama korang ni,,, wpun dh ada closure,, excited nk tgk lawan fakta dpn hakim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pompuan dah pegi file cerai tak guna dah nak pujuk2. Pujuk ni patut berlaku masa from day 1 start gaduh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:50 PM | Show all posts
setiap satu potong ayat...mmg wajib bukak benang ke anat
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah sangat ke laki nak pujuk. Salah juga kawin laju2 dgn ex lopa dulu. Ntah2 dia pun tak move on dari lopa masa kawin. Pujuk 1 hal. Nafkah 1 hal. Senang hidup menjanda je dgn anak. Fikir hal anak fikir hal sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nie mesti pujuk ala2 melepaskan batuk kat tangga.. Keras kejung kot..takde peluk dakap erat2..hmmm hihi bai bai jerlah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:55 PM | Show all posts

Fake bukan jenis makcik2 baby boomers yg rela apa saja janji berlaki.. Fake generation Xennial - jenis suka cari duit dan amat tak sesuai punyai suami semi-biawak yg wife kena kutuk dia diam menikus. Jauh beza dgn ex suami Nora Danish.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:55 PM | Show all posts
DARSITA replied at 7-10-2024 01:43 PM
pujuk guna watsap guna IG tu laen kawan.

Suami isteri kena face to face .. kena bawa bunga, ken ...

Ahahaha.

Bodoh punya kepala otak perempuan.

Kalau kepala otak perempuan bodoh macam ni, perempuan tu elok jadi:

1) Janda sampai mati.

2) Berkahwin. Tapi berkahwin dengan lelaki bodoh. Sekufu. Perempuan bodoh kahwin lelaki bodoh.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:58 PM | Show all posts
I rasa si suami pun sebenarnya terasa hati dgn si isteri. Kalau dgr patah sebut psl whatsapp halang dia balik rumah, mmg terkesan betul ayat dia. Dia suami yang dok rumah isteri, sure la tersentap bila ayat gitu...

Done bekap patah

#teampatah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang suka pujuk tu mesti boya darat. Yang pujuk pakai bunga berlori. Yang tak pujuk ni kadang2 sebenornya dia tak reti. Kadang2 dia nak perempuan yang datang pujuk. Kecoh ler. Benda kecik kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 02:11 PM | Show all posts
jejai replied at 7-10-2024 01:39 PM
yeke fattah tak pujuk.tengok ig siap thank kat mommy dia lagi bagi keluar dengan fatima.. fattah mac ...

org lelaki kne datang pujuk
hinakan diri utk seketika umpama putera memanjat diding kota  utk bertemu puteri sambil bermain violin dan menyanyi mcm filem Hinduism
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni nak side fattah sbb fattah ckp dia call/msg tapi tak reply/tak answer call, mcm mana nak pujuk kan? Sebagai pompuan i rasa faz geram kot bila fattah pilih keluar dari rumah dok asing 2bulan.
Masing² ada silapnye. Perbaiki lah, mana tau boleh rujuk balik sblm habis eddah. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hanatnya byk gila benang xbole mergekan smua sekali ke, dah mcm citer alifruhainesbella byk benang asal bukak mulut
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 02:16 PM | Show all posts
ala, masa bercinta dulu boleh je terima Fattah tak pujuk, Fattah diam tak jawab netizen, dia jugak yg kata abaikan je fitnah2 kat luar tuh.....eh tup2 dia pulak mintak pujuk, suruh pujuk beria pulak tu.....hhhmmm, perempuan ni memang tak pernah firm dengan apa yg dia nk sebenarnya kan.....entah kenapa bila dia jawab soalan wartawan tu, rasa macam dia cuba nk menjustifikasikan semua kutukan2 netizen pada dia......masa dengan fattah dulu, apa jer yg netizen kutuk dia ignore, fliphair katanya.....eh sekarang, gigih naw nk mensucikan diri.......lantak kau la faz, nk sangat serai dah serai merempan pulak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.069062 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list