CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27248|Reply: 4

Tentera China kerah sejumlah pesawat dan kapal perang kepung Taiwan

[Copy link]
Post time 14-10-2024 11:42 PM | Show all posts |Read mode



TAIPEI – China mengerahkan sejumlah pesawat dan kapal perang untuk mengepung Taiwan dalam latihan tentera yang dikatakan Beijing bertujuan untuk menghantar ‘amaran keras’ kepada kumpulan ‘pemisah’ di Taipei.


Beijing tidak menolak menggunakan kekerasan untuk menawan semula Taiwan, manakala latihan tentera semalam mewakili pusingan keempat eksesais perang berskala besar Beijing sejak dua tahun lalu.


Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa  tindakan China itu  ‘tidak wajar’  dan berisiko ‘mencetuskan konflik’ serta menggesa Beijing untuk melaksanakan kawalan kendiri.







Presiden Taiwan, Lai Ching-te  yang mengambil alih kuasa pada Mei lalu, didapati  lebih lantang daripada pendahulunya Tsai Ing-wen dalam mempertahankan kedaulatan Taiwan. Beliau mencetuskan kemarahan Beijing  yang menggelarnya sebagai  pemisah.


Taiwan mengecam latihan terbaharu itu sebagai ‘tidak rasional dan provokatif’  dan berkata, Taipei  telah menghantar ‘tentera yang sesuai’ sebagai tindak balas.


Beijing berkata bahawa latihan tentera itu adalah amaran keras kepada tindakan pemisah yang digelar sebagai pasukan ‘Kemerdekaan Taiwan'”.


“Latihan tentera dinamakan Joint Sword-2024B ini menguji keupayaan operasi bersama pusat perintah,” kata jurucakap Komander Teater Timur tentera China, Kapten Li Xi


Menurutnya, eksesais itu diadakan di kawasan utara, selatan dan timur Pulau Taiwan.


Pengawal pantai China juga dihantar untuk melakukan ‘pemeriksaan’ di sekitar pulau Taiwan.


Pertikaian semasa antara China dan Taiwan bermula sejak perang saudara di mana pasukan nasionalis pimpinan Chiang Kai-shek dikalahkan oleh pejuang komunis,  Mao Zedong sehingga terpaksa melarikan diri ke Taiwan pada tahun 1949. – AFP


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
WW3 bakal menjelmakah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 10:35 AM | Show all posts
kutuk Israel, tapi kau pun sama jah. tak teragak-agak utk bunuh orang tak bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 11:04 AM | Show all posts
apalah yg dorg dapat nak berperang nih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055831 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list