CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35256|Reply: 17

Anak bongsu Lee Kuan Yew mohon robohkan rumah di 38 Oxley Road

[Copy link]
Post time 15-10-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode





Singapura: Lee Hsien Yang, anak bongsu kepada Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew mengumumkan bahawa beliau akan memohon untuk merobohkan rumah di 38 Oxley Road, hampir seminggu selepas kematian kakaknya, Dr Lee Wei Ling.


"Bagi menghormati hasrat terakhir ibu bapa saya, saya akan memohon untuk merobohkan rumah di 38 Oxley Road dan seterusnya membina kediaman kecil peribadi, yang akan kekal dimiliki ahli keluarga sahaja," kata Hsien Yang dalam hantaran Facebook pada Selasa, sambil menegaskan bahawa dirinya adalah pemilik sah tunggal rumah itu.


Wei Ling tinggal di rumah itu sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada 9 Oktober lalu.


Rumah itu pernah menjadi kediaman Lee Kuan Yew sejak 1940-an sehingga kematiannya pada 2015, menjadi punca perbalahan antara anak sulungnya, Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan dua adiknya berhubung isu penggunaan serta perobohan rumah bersejarah itu.


Hsien Yang, 67, menyatakan bahawa beliau kini satu-satunya wasi atau pelaksana wasiat bapanya yang masih hidup selepas pemergian Wei Ling.


"Dalam wasiatnya, bapa saya ingin rumah itu dirobohkan segera selepas Wei Ling berpindah. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakan hasrat itu sepenuhnya mengikut undang-undang.


"Lee Hsien Loong menyatakan di Parlimen pada 2015 bahawa selepas Wei Ling meninggal, keputusan sama ada untuk membenarkan perobohan rumah itu terpulang kepada 'kerajaan pada masa itu'. Sembilan tahun berlalu dan hari itu sudah tiba," katanya.


Rumah itu mempunyai kepentingan sejarah kerana di ruang makan bawah tanahnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) ditubuhkan pada 1954 dan ia juga menjadi pejabat de facto parti itu sehingga PAP mempunyai ibu pejabatnya sendiri.


Laporan jawatankuasa menteri mengenai 38 Oxley Road pada 2018 menggariskan beberapa pilihan untuk hartanah itu termasuk mengekalkan rumah itu sebagai Monumen Kebangsaan, memelihara ruang makan dan merobohkan bahagian lain, atau membenarkan kediaman itu dirobohkan sepenuhnya dan dibangunkan semula.


Pilihan-pilihan ini bertujuan membantu kerajaan masa depan membuat keputusan yang berinformasi apabila diperlukan.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 05:19 PM | Show all posts
Susah bila peristiwa2 bersejarah negara berlaku dalam kediaman persendirian. Try tanya arab saudi wahabi minta pendapat. Senang je settle.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
@CARI-MRO atleast tepeklah house tour sket…..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari luar nampak mcm x menarik.cer bagi tour tgk kawasan dlm rumah sblm dirobohkan . sejarah maa
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 15-10-2024 12:13 PM
@CARI-MRO atleast tepeklah house tour sket…..

Wartawan cari jenis buka benang tinggal terus. Tak de lawatan utk upgrade/update info etc. Ikut la penghuni benang nk buat ape pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya raya pun susah misekin pun susah.
Back story is, tiga2 anak LKY ni dah bergaduh.  Abang yg tua mantan PM vs adik yg mati ni dgn yg bongsu.  Citernya LKY pernah ckp dia x mo preserve rumah dia sbb nanti gomen kena spend money nanti jadi rundown sbb gomen x de duit nak maintain mcm rumah2 tokoh2 dunia yg lain.  Lama2 tu dia changed his mind dia kata ok to preserve mungkin masa ni singapore dah kaya. Yg duduk rumah tu semua anak2 yg dah kawin dgn yg mati ni sbb dia belum kawin. Bila LKY mati tiba2 dlm will dia ada suruh demolish bila dia mati or bila yg anak perempuan dia yg duduk situ dah move out or mati. So semua org terkejut lah sbb kata na preserve. Bila investigate, anak dia yg tua tu ckp will sudah kena changed by sister in law. So polis nak panggil depa lari ke UK.  Time ni actually rumah tu inherited by si abang who then sold it to adik bongsu.
Eh penat la citer. Cut short kakak mati dah adik nak suh demolish konon sebab will bapa.  The end.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 15-10-2024 09:29 PM
Kaya raya pun susah misekin pun susah.
Back story is, tiga2 anak LKY ni dah bergaduh.  Abang yg tua  ...

Tq utk explaination. Baru Paham cerita. Tapi syg la nk demolish, rumah bersejarah. Asian especially SEA mcm tak menghargai sgt kan ape2 building, nk gah nk lawo je. Mcm Malaysia pun kalau nk bina bgunan baru, sanggup runtuhkan bangunan lama, mcm penjara Pudu tu syg sgt, kekalkan je la. Fikir la cara utk maksima kan penggunaan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:13 AM | Show all posts
oooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 08:14 AM | Show all posts
Samerosie replied at 15-10-2024 01:29 PM
Kaya raya pun susah misekin pun susah.
Back story is, tiga2 anak LKY ni dah bergaduh.  Abang yg tua  ...

thanks chuols summarize kan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:26 AM | Show all posts
Samerosie: Kaya raya pun susah misekin pun susah.Back story is, tiga2 anak LKY ni dah bergaduh.  Abang yg tua mantan PM vs adik yg mati ni dgn yg bongsu.  Citern ...

ooo..baru paham. tq
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:43 AM | Show all posts
No problem.  Saga ni dah lama dah since LKY mati.  Yg abang nak preserve for future singaporeans tapi yg adik perempuan ni dgn yg bongsu kata bapak derang nak suruh roboh so boleh buat rumah lain tuk anak2 cucu2 duduk.  Masalahnya sekarang, rumah tu pun dah dijual oleh abang ke adik bongsu tapi tak tau la apa caveat maybe tak boleh demolish ke apa.  Si adik bongsu ni dah lari ke UK dia kata abang dia masa PM guna kuasa tuk halang derang.  Memang dah tak bertegur sapa dah.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:50 AM | Show all posts
allshares replied at 15-10-2024 10:22 PM
Tq utk explaination. Baru Paham cerita. Tapi syg la nk demolish, rumah bersejarah. Asian especiall ...

Cantik rumah tu, colonial style ye lah kan rumah2 ala2 zaman P Ramlee, furniture pun macam kat rumah tok2 kita (yg dipamerkan lah).


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:54 AM | Show all posts
Wonder why takmo jual kat public

Sure ada takers
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:55 AM | Show all posts
cantik. suka set2 rumah dulu mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 10:23 AM | Show all posts
sayang, patut preserve
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:42 AM | Show all posts
Preserve, buat macam Memorial Tun Razak la. Boleh jadi tarikan pelancongan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 11:49 AM | Show all posts
sewakan jelah kalo xnak guna duit gomen utk preserve rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah ke nak preserve rumah ni? Rasanya maybe kos x tinggi vs buat memorial. Sebab ni rumah lama tpi bukan rumah traditional… kalu rumah lama traditional tu iya kos tinggi utk preserve.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.231304 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list