View: 17376|Reply: 50
|
[Tempatan]
Pesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 30-10-2024 12:49 PM
Kontroversi pesta Guan Gong berjangkit ke Johor
https://m.malaysiakini.com/news/724244
Diterbitkan: Oct 28, 2024 6:46 PM
Kontroversi melibatkan pesta Guan Gong kini ‘berjangkit’ ke Johor.
Perkara itu menyebabkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh Kerk Chee Yee, yang menghadirinya di Johor Bahru, tampil membuat penjelasan.
Kerk yang juga timbalan speaker Melaka berkata bukan hanya bendera China, tetapi pelbagai negara seperti Vietnam dan Thailand dikibarkan dalam pesta kebudayaan antarabangsa itu.
“Ia boleh dinampak dalam post dan reels saya.
“Mungkin ada bendera negara lain tapi saya tak perasan,” katanya.
Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming turut dikaitkan dengan kontroversi sama melibatkan acara di Teluk Intan, Perak.
Dia mengarahkan pegawainya membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria kerana mendakwanya merasmikan festival kebudayaan itu.
Malaysiakini melaporkan Razman menggesa polis menyiasat menteri dan exco negeri berhubung perarakan itu selepas sebuah klip video memaparkan beberapa individu mengibarkan bendera China dalam acara berkenaan.
Penganjur, Persatuan Kebudayaan Guan Gong, memohon maaf dan menjelaskan bahawa individu yang mengibarkan bendera itu adalah warga China.
‘Bendera lain pun ada’
Sementara itu, menulis di media sosial, Kerk menegaskan bendera Malaysia juga dikibarkan dalam acara di Johor Bahru.
Dia juga mempersoal apa masalahnya kalau delegasi negara lain yang dijemput mengibarkan bendera mereka.
“Dan kenapa bendera Vietnam dan Thailand (sepertimana yang terkandung dalam post saya) tak jadi isu kepada mereka yang bangkitkan perkara ini?” soalnya.
Katanya, dia dimaklumkan oleh penganjur bahawa sesi perarakan itu turut melibatkan delegasi dari Filipina, Hong Kong, Macau, Singapura dan Indonesia.
Terdahulu, aktivis pembangkang Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin menempelak Kerk kerana hadir acara yang didakwa mengibarkan “bendera Komunis China”.
Bagaimanapun, semakan mendapati bendera itu sebenarnya bendera negara China, bukan bendera Parti Komunis China.
Festival Guan Gong diadakan untuk meraikan pahlawan purba China Guan Gong atau Guan Yu.
Watak itu begitu popular dalam budaya pop sehingga diadaptasi dalam pelbagai bidang, antaranya fiksyen sejarah, filem dan permainan video.
Pelakon Hong Kong Donnie Yen juga pernah membawa watak Guan Yu di dalam filem The Lost Bladesman pada 2011.
Patung Guan Yu juga diletakkan di banyak kuil Taoist dan menjadi simbol spiritual masyarakat Cina yang dihormati dalam kepercayaan Buddha dan Konfusianisme.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abahmung at 29-10-2024 06:28 PM
Kibar bendera tanda persahabatan, jangan beri reaksi berlebihan – King Sing
Sinarharian.com.my
NURUL HUDA HUSAINNURUL HUDA HUSAIN
27 Oktober 2024
SHAH ALAM - Reaksi berlebihan sesetengah pihak berhubung kontroversi video perarakan sambil mengibar bendera China dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan dibimbangi memberi kesan kepada sektor pelancongan negara.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan itu bukan sahaja bertentangan dengan nilai kesederhanaan tetapi turut berisiko menimbulkan tanggapan Malaysia tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong asing menyertai acara kebudayaan tempatan.
"Insiden mengibarkan bendera negara China sememangnya menarik perhatian dan individu tertentu nampaknya telah mengambil kesempatan daripadanya, membesar-besarkan perkara itu dan mengeruhkan keadaan.
"Sambutan Guan Gong Sedunia merupakan acara kebudayaan antarabangsa yang menjemput peserta dari beberapa negara seperti Vietnam, Thailand, dan China, untuk menyertai perarakan tersebut.
"Peserta dari negara China mungkin telah mengibarkan bendera negara mereka sebagai tanda sokongan dan semangat meraikan perayaan itu bersama orang lain daripada pelbagai latar belakang, terutamanya sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pas Perak baru-baru ini dilapor menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tular bendera China dikibarkan dalam satu sambutan berhampiran Menara Condong Teluk Intan.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu menyalahi Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949, iaitu tiada seorang pun boleh mempamer mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau di sekolah.
Sementara itu, King Sing dalam masa sama turut meminta supaya siasatan polis terhadap 17 warga China yang terlibat dalam perarakan berkenaan disiasat secara adil dan telus.
“Ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka bahawa rakyat pelbagai etnik di Malaysia telah lama diberi kebebasan untuk mengadakan acara dan perayaan kebudayaan.
"Sebelum ini, bendera-bendera negara lain telah dikibarkan dengan jelas di acara-acara yang dianjurkan di negara ini tanpa menimbulkan kritikan yang begitu keras. Ia menimbulkan persoalan mengapa, dalam hal ini, pengkritik bertindak pilih bulu atau double standard?," soalnya.
Tambahnya, semua pihak juga digesa tidak memanjangkan isu berkenaan secara berlebihan sehingga menimbulkan keresahan yang tidak diperlukan.
"Jika kita berterusan mengeruhkan keadaan, ia akhirnya akan menghalang pelancong daripada melawat Malaysia sehingga merugikan kita sendiri," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kita perlukan sangat pelancong dari China? diorg tu betul ke masuk utk melancong atau terus 'hilang' dalam negara ni? |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat makan babi mereka tiong |
|
|
|
|
|
|
|
kan ramai acik porem syg leluhur parashit hina ni |
|
|
|
|
|
|
|
lannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnncauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 porem ni acah2 jer kunun2 terpaling harmonis tak rasis muhibbah segala
Tapi harmonis terpilih ler.. cuma muncul kalau china dikutuk, tapi bila negara leluhur lain seperti indon atau india dihina dorang senyap pulak
Acik2 porem memang sewel ke sis |
|
|
|
|
|
|
|
Kibar bendera China tu apa pulak..tak berlebihan.. menurut king kong dan yg spesis dgn nya??? |
|
|
|
|
|
|
|
pukimak ni waktu check in check out pun xleh solve |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka ko... Leluhur ko tu yg agunh Ingat senang2 nak rakyat tempatan nak terima mcm bgtu perangai pelancong |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kaedah le gi melancong tp susah payah bawa bendera byk2. Baik isi baju ikut tema complete set bg cun berootd. Takat nak tayang bendera kat negara sendiri dah berlambak noks. Dpt peluang keluar gi tempat menarik lg best tayang muka tayang persalinan yg chantik... Bawa blk tunjuk dkt family kat jiran bg diarg jeles lg baik |
|
|
|
|
|
|
|
dah depa jer yang sanggup spend banyak2 kat malaysia...terpaksalah kena 'kowtow'..nak mengharap pelancong negara lain...hampir keseluruhan spesies backpack....celah mana nak tingkatkan ekonomi
lagi satu..malaysia ni bukan magnet pelancong sangat mcm thailand or bali indonesia...memang kena promo kaw2 minta pelancong datang...bila mengharap income dari pelancongan mcm tu la... thailand dgn bali tu tak perlu buat mcm ni pun...siap ketatkan peraturan pelancongan pun masih juga berduyun2 pelancong datang
|
|
|
|
|
|
|
|
Tukar je lah dia ni menyemak je
Bg melayu je jd menteri pelancungan
Masa nazri jd menteri pelancungan dulu elok je xde pun jd mcm skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-10-2024 03:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
‘Pemimpin PAS ada mata tapi tidak dapat lihat keindahan kepelbagaian’
Diterbitkan: Oct 28, 2024 10:37 AM
Profesor Tajuddin Mohd Rasdi, dalam kecaman kerasnya terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, berkata pemimpin seumpama itu bukanlah seorang patriot atau pejuang bangsa dan agama tetapi sebaliknya seorang oportunis yang memalukan.
Ahli akademik itu berkata susulan kejumudan tersebut menghalang mereka daripada menyerlah dalam wacana intelektual.
"Mereka mempunyai mata, tetapi malangnya, tidak dapat melihat keindahan dalam kepelbagaian. Mereka mempunyai kulit, tetapi malangnya, tidak dapat merasakan toleransi.
“Ada darah, tetapi malangnya, dicemari dengan prasangka,” kata ahli akademik itu.
Ahli politik yang tidak bertanggungjawab itu, katanya, sanggup mengeksploitasi isu yang tidak penting tanpa mengambil sebarang pertimbangan kesan yang mungkin berlaku.
"Orang ramai tidak boleh membenarkan penipu ini membutakan mereka dengan fahaman perkauman atau jingoisme dengan alasan untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama daripada ancaman yang direka," kata profesor seni bina itu kepada Malaysiakini.
Tajuddin berkata demikian ketika mengulas desakan supaya mereka yang mempunyai ciri-ciri "mata, kulit dan darah" seperti dirinya bersatu. Ia selepas sekumpulan warga China mengibarkan bendera republik itu pada perayaan Guan Gong di Teluk Intan, Khamis lalu.
Pemimpin PAS itu sebelum ini cuba mengaitkan pemimpin DAP Nga Kor Ming tetapi sebaliknya laporan polis dibuat terhadapnya kerana membuat tuduhan palsu.
Razman kemudiannya menganjurkan demonstrasi balas di Menara Condong ikonik berusia 140 tahun di Teluk Intan, yang menyerupai pagoda Cina, dengan kehadiran kira-kira 300 orang yang mengibarkan Jalur Gemilang.
Susulan itu, Tajuddin tampil menyekolahkan Razman dan pemimpin PAS dengan peringatan untuk meluaskan visi terowong mereka.
Dia mengingatkan Razman bahawa dakwaan PAS yang parti itu mempunyai puluhan ribu penyokong bukan Islam yang "mata dan kulitnya" mungkin berbeza daripada kebanyakan pemimpin PAS.
"Adakah mereka juga akan dipersalahkan atas insiden mengibarkan bendera itu?" soalnya.
Mengingatkan Razman mengenai subjek yang PAS dakwa mereka sebagai paling berilmu atau pakar - Islam dan latar belakang sejarahnya - Tajuddin menegaskan bahawa para sahabat Nabi Muhammad SAW pergi ke China terlebih dahulu dan antara masjid tertua di dunia terletak di negara naga tersebut.
“Masjid tertua di dunia bukan di Tanah Melayu,” katanya.
Tajuddin juga berkata, dia terpaksa mengingatkan pemimpin PAS itu bahawa masjid tertua di Melaka di Kampung Hulu didirikan oleh pendatang Cina yang memeluk Islam.
"Mereka juga mempunyai mata dan kulit yang berbeza," tambahnya.
Dia juga mengingatkan Razman ketika laksamana China Zheng He (Cheng Ho) belayar ke Melaka pada abad ke-15.
“Zheng He, seorang Muslim dengan kulit berbeza daripada Razman, yang memberi jaminan perlindungan China kepada Melaka - pusat kuasa politik Melayu - daripada ancaman kerajaan Siam," katanya.
Untuk pencerahan Razman, Tajuddin mengingatkannya tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad, yang menyatakan bahawa Islam dan Allah tidak mementingkan warna kulit tetapi lebih kepada perbuatan manusia dan kesucian hati.
“Nabi bersabda, ‘Semua manusia adalah dari Adam dan Hawa, seorang Arab tidak mempunyai kelebihan atas bukan Arab dan bukan Arab tidak mempunyai kelebihan atas Arab, juga kulit putih tidak mempunyai kelebihan atas kulit hitam dan kulit hitam tidak mempunyai kelebihan. Apa-apa kelebihan adalah ketakwaan dan amalan yang baik'.
“Adakah PAS menyokong Islam sebenar atau agama perkauman dan keutamaan warna kulit?” soalnya lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kita tak perlukan pelancong China banyk2 pun
Kat projek perumahan sebelah pun pemaju ada dari China mainland. Eksiden dengan kete aku buat xtau buat bodoh macam xde Pape berlaku. Teruskan kerja2 buat2 check2 staff. Bila confront rupanyaaaaa xreti cakap melayu. Muka blur2. Last2 bos cina Malaysia tlg redakan suami aku yg dah ngamuk2 tu. Budus betol |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 28-10-2024 03:21 PM
Kita tak perlukan pelancong China banyk2 pun
Kat projek perumahan sebelah pun pemaju ada dari China ...
Samela uols kejadian dpn mata aku. Kitorg stop jap sbb kereta depan nak masuk kanan. Tetiba datang la alphard mane ntah pi potong kitorg skali tu terbabas masuk parit. Nasib baik la driver alphard tu bleh kuar. Kuar je buat2 ckp dlm phone dlm bhs dia. Rupa2nye tak reti ckp melayu. Call pggl member la kot. Yg aku rasa klakar tu kitorg ni nampak kot die kuar dari kereta dlm parit tu tgn sebelah dh letak phone kt tgn. Smpt ek mendail tu |
|
|
|
|
|
|
|
tobobon replied at 28-10-2024 03:06 PM
dah depa jer yang sanggup spend banyak2 kat malaysia...terpaksalah kena 'kowtow'..nak mengharap pe ...
Betul ke sanggup spend byk2 kt malaysia ni? Spesies makan buffet nak kene angkut byk2 tak habis biar mcm tu je, berak pun sanggup depan org ramai mcm la tmpt kita takde toilet. Sehina2 backpackers tu pun diorg takde nk duduk kt malaysia blah jugak pegi negara lain. Yg ni tgkla 2-3 thn kendian dpt ic |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat kita yg buat hal kat negara orang pun kena tegur. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 28-10-2024 03:52 PM
Samela uols kejadian dpn mata aku. Kitorg stop jap sbb kereta depan nak masuk kanan. Tetiba datang ...
Padan muka!
|
|
|
|
|
|
|
|
special branch malaysia buat apa makan tido berak cangkuk makan gaji buta je xbleh detect awal2 nak kibar bendera? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 28-10-2024 06:19 PM
Imejin kalo askar china kibar bendera prc depan tugu negara mcm ni..agak2 kiamat tak??
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|