View: 14042|Reply: 19
|
[Tempatan]
Cadangan bina 'The Great Wall of Kelantan' 100km
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 6-11-2024 11:31 AM
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata projek ini amat diperlukan untuk membanteras jenayah penyeludupan serta mengatasi masalah banjir.
"Walaupun pihak berkuasa menjalankan kawalan ketat di sempadan, kewujudan banyak pangkalan haram menyukarkan usaha penguatkuasaan," katanya kepada pemberita selepas Kongres Antarabangsa Rafflesia Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata pemilikan tanah individu di kawasan berdekatan sempadan menambah kesukaran dalam mengekang aktiviti penyeludupan.
Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mencadangkan pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand untuk menangani jenayah rentas sempadan.
Sementara itu, mengulas mengenai Rafflesia yang semakin diancam kepupusan di Kelantan, Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri telah mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Lojing, Gua Musang untuk tujuan pemuliharaan sejak 2011, melibatkan spesies Kerri, Cantleyi dan Sumeiae.
"Rafflesia adalah khazanah alam yang memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk memajukan lagi industri pelancongan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
"Pada 2022, kerajaan negeri secara rasmi mengumumkan kawasan itu sebagai Taman Pemuliharaan Rafflesia," katanya sambil menekankan komitmen kerajaan negeri dalam menyokong kajian penyelidikan pemuliharaan bunga itu dan ekosistem sekitarnya.
Beliau berkata sebagai negeri yang memiliki banyak khazanah alam seperti hutan dan sungai, masih banyak penyelidikan yang perlu dilakukan termasuk ke atas bunga parasit itu.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat korek air bawah tanah, air bawah tanah jadi sikit, tanah mendap, macam Jakarta, nak buat tembok boleh, make sure, jangan korek sangat air bawah tanah.
belajar dari Jakarta. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat tembok antara Kelantan dengan negeri2 lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Tembok mcm mana? Kenapa org Kelantan masih terlepas ke negeri lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm kepala dorg tu...literally
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 6-11-2024 10:30 AM
Drpd mbazir duit billion2 buat tembok baik lobai ajar sskjp psl hukum halal haram curi barang seludup hak milik rakyat Msia pastu jual ke warga asing |
|
|
|
|
|
|
|
Baik la guna duit tu improve water facility dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya dari dulu buat.. Apalah kerajaan pas buat selama ni.. Tabahnya org sana. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 6-11-2024 07:56 AM
Buat tembok antara Kelantan dengan negeri2 lain
Tergelak aku baca |
|
|
|
|
|
|
|
kalau naik tembok, bungkus la set2 timbang kilo yang baru nak up.... |
|
|
|
|
|
|
|
mengapa mereka korek air bawah tanah kak syam?
|
|
|
|
|
|
|
|
buat tembok, nanti dorang panjat je tembok tu. sapa pulak nk jaga sepanjang 100km? |
|
|
|
|
|
|
|
kena tanya federal, sbb keselamatan sempadan adalah dibwh kuasa federal.. state x blh nak buat apa2 pun... yg aku tau benteng banjir antara malaysia - thailand kat kelantan tu, patut federal dah lama buat tp asyik tertangguh.. skrg ni yg thailand dah buat kat sempadan dia, yg belah malaysia je yg x buat2 lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah air paip kotor, air paip tak cukup
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm tembok besar China. setiap 1 km (tak silap) ada pos pengawal. skrg pun, tanpa tembok ada polis mengawal kan, cuma diorg takde tempat proper berkawal. |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 6-11-2024 10:11 AM
masalah air paip kotor, air paip tak cukup
Kenapa air kotor? |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana orang tempatan seludup PATI masuk mesia, cenggitu jua seludup barang... lebih-lebih lagi barang bersubsidi.
Pengkhianat negara namanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dahulu ada thread.. Tunjuk kan border image... Seperti guna wire saja.. Sekali elephant letak 1 kaki ruin entire wall... Buat strong structure better.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|