View: 19485|Reply: 1
|
[Tempatan]
Bantuan terus kepada mangsa banjir, bukan melalui wakil rakyat - TPM
[Copy link]
|
|
Harian Metro
4.DIS.2024
AHMAD Zahid ketika hadir pada program Ruang Bicara bertajuk Dua Tahun Madani di Wisma Bernama hari ini. FOTO Bernama.
Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata bantuan telah diberikan secara sama rata oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan agensi lain.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) turut memberi bantuan.
"Insya-Allah, dengan keberadaan mereka di tempat banjir terutama pusat pemindahan sementara (PPS) telah cukup meredakan perasaan amarah (mangsa banjir) jika melihat tidak ada wakil rakyat yang turun," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada sidang media di Parlimen menggesa kerajaan mempertimbang peruntukan segera sebanyak RM1 juta kepada Ahli Parlimen pembangkang yang kawasan mereka terjejas banjir untuk disalurkan kepada mangsa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betul..jap lagi ujung2 dapat maggi dgn biskot je...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|