CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12830|Reply: 40

[Tempatan] Kerajaan Selangor Naikkan Cukai Taksiran 25% Mulai 1 Januari 2025

[Copy link]
Post time 9-12-2024 03:53 PM | Show all posts |Read mode


Kerajaan Selangor pada hari ini (9 Disember) telah bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25% berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 berbanding kenaikan asal melebihi 100%. Difahamkan kadar cukai taksiran yang dikenakan di Selangor itu telah digunakan selama 20 tahun.
Memetik laporan Sinar Harian, penilaian baharu itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri selepas pelaksanaannya ditangguhkan pada tahun 2019. aporan Astro Awani pula, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Ng Suee Lim menjelaskan perkara itu dilakukan selepas melakukan semakan berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Dalam akta berkenaan, semua PBT perlu memperuntukkan senarai satu nilaian baharu pada setiap lima tahun.
“Potongan cukai ini kita sasar laksanakan selama lima tahun dan ini dijangka akan meningkatkan pendapatan PBT sebanyak RM355 juta setahun untuk dimanfaatkan bagi peningkatan keupayaan melalui penyediaan infrastruktur awam atau pemantapan perkhidmatan di daerah masing-masing,” kata Ng. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meneruskan pengecualian cukai taksiran pada tahun hadapan kepada semua kediaman kos rendah termasuklah rumah SelangorKu.
Jelasnya lagi, perkara itu akan memberikan kesan kewangan bernilai hampir RM60 juta.
“Bagi rumah kampung tradisi, kita beri pengecualian bersasar dan setakat tahun ini sebanyak 2,849 pegangan telah kita beri pengecualian di kampung tradisi ini dan kita sasarkan 5,000 rumah untuk diberi pengecualian yang boleh dinikmati penduduk sekiranya memenuhi syarat,” katanya. Prihatin dengan kebimbangan penduduk mengenai penilaian semula cukai taksiran tersebut, kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk mengawal kesan kenaikan tesrsebut dengan memberikan tawaran diskaun. “Dengan meluluskan kenaikan cukai sehingga 25 peratus, pemilik harta menikmati diskaun 75 peratus bagi kenaikan melebihi 100 peratus.
“Sebagai contoh, jika cukai taksiran rumah pangsapuri dibayar pada 2024 berjumlah RM100 setahun, ia akan menjadi RM200 selepas penilaian semula cukai taksiran.
“Namun, melalui kawalan kenaikan taksiran sehingga 25 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan negeri menjadikan jumlah yang perlu dibayar pada tahun depan adalah RM125 setahun berbanding RM200,” katanya pada sidang akhbar diadakan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Sebagai info cukai taksiran merupakan sumber utama dana untuk PBT dan ia menjadi tulang belakang pembangunan komuniti kita.
Cukai tersebut digunakan untuk beberapa perkara seperti:
  • Mengurus sampah di kawasan perumahan dan bandar
  • Menyelenggara taman rekreasi dan lampu jalan
  • Menyelenggara jalan raya dan infrastruktur
  • Membiayai pembangunan komuniti seperti taman awam dan pasar
  • Memastikan kawasan kediaman anda selamat dan selesa


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2024 04:00 PM | Show all posts
Macam pernah ada thread ni dulu, ka lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2024 04:14 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-12-2024 04:00 PM
Macam pernah ada thread ni dulu, ka lain?

dulu nak naik 100%
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 02:19 PM | Show all posts
Akhirnya.....insurance naik, cukai taksiran naik.
indah water dah 2 naik dalam setahun dua ni. jangan tahun depan naik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-12-2024 04:00 PM
Macam pernah ada thread ni dulu, ka lain?

Sibok naw … ko owner CF ke? Tak salah bual tak sah.
Lorat mengalahkan opah menopause!
X suker berambos je.. rimassss!

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2024 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by manopBKK at 10-12-2024 02:39 PM
honam replied at 9-12-2024 04:14 PM
dulu nak naik 100%


x payah bapok tua sakit jiwa troll tu… bengap sentiasa! sembang x pernah nampak berakal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm
Bertabahla warga Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
naik naik naik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 04:13 PM | Show all posts
Perit dan pedih utk kami tapi siapalah yg mampu utk ubah balik perkara ni.
Bukan semua yg beli rumah itu hidup mewah tetapi beli rumah cuma sbg keperluan asas manusia. Pemimpin itu akan diberati di akhirat nanti walau dia lepas senang di dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak pening lo ini apek. Cakap jela nak naikkan caj
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas kerajaan negeri selangor. Knp x naikkan 200% je kan sng.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 06:21 PM | Show all posts
ok, aku dah telefon tenant, sewa mulai january 2025 nanti naik 25%.:lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib bukan negeri walaun..padan muka walanon hadap je la semua naik
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
PH menang rakyat senang

Tahniah Pengencing Harapan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah naik ke tahun ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2024 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 10-12-2024 07:45 PM
Bukan dah naik ke tahun ni?

Itu cukai pintu rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 10-12-2024 07:55 PM
nw111 replied at 10-12-2024 07:50 PM
Itu cukai pintu rasanya..


Baru check file, betullah cukai tafsiran.  Naik 4%.  Cukai pintu dgn cukai tafsiran lain ye? Quit rent yg Satu lagi kita bayar cukai tanah tu kan yg puluh ringgit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak kesah la nak naik ke apa...janji pbt buat kerja, mana2 staff bangsat yg ambik rasuah dr PATI2 tu harap diterajang segera...aku nak tgk selangor/ kl ni bersih dr pati yg dok berniaga sesuka hati..dbkl dh nmpk ada progress sejak dpt datuk bandar pompuan..hopefully pbt lain pun berfungsi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 10-12-2024 07:54 PM
Aku tak kesah la nak naik ke apa...janji pbt buat kerja, mana2 staff bangsat yg ambik rasuah dr PATI ...

Wishful thinking   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 384 Replies : 13
Duduk Dalam Kampus Universiti Oxford Seminggu ~ Trend Apa Pulak Ni?
borneDuduk Dalam Kampus Universiti Oxford Sem
Views : 614 Replies : 23
V85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS di INGLEWOOD
taliaV85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS
Views : 4589 Replies : 296
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 45155 Replies : 866
Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gigi Anak Erra Fazira Sebagai ‘Jongang’ Tampil Mohon Maaf - “FB Saya Kena Hack…”
ZORRO5555Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gi
Views : 4965 Replies : 111
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1832 Replies : 1133
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 335922 Replies : 3373
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 1088 Replies : 116
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
YgBenarUpdate:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairu
Views : 3135 Replies : 95
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 715 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.144622 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list