CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7872|Reply: 3

[Tempatan] Hurmmn lagi ramai la pi bercuti kat Sawadeekap!

[Copy link]
Post time 15-12-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-12-2024 03:34 PM

LANGKAWI: Harga tiket bagi perkhidmatan feri bagi setiap perjalanan ulang alik dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi akan dinaikkan di antara RM3 dan RM10.50 bermula 1 Januari ini.

Pengurus Operasi Ferry Line, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid, berkata kenaikan tambang itu membabitkan kategori pelancong warganegara, pelancong bukan warganegara dan penduduk tempatan.

"Bagi pelancong warganegara, perjalanan sehala dari Kuala Perlis ke Langkawi, harga asal RM21 untuk dewasa dinaikkan RM3 menjadi RM24, manakala kanak-kanak pula RM16 dinaikkan kadar sama menjadi RM19.

"Kadar tambang laluan Kuala Kedah ke Langkawi, dari RM26.50 dinaikkan RM3.50 menjadi RM30 untuk dewasa, kanak-kanak pula RM20.50 dinaikkan dengan kadar sama menjadi RM24," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norhafiz berkata, bagi pelancong dewasa bukan warganegara, perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi RM27 dinaikkan RM8 menjadi RM35, manakala dari Kuala Kedah ke Langkawi RM34.50 dinaikkan RM10.50 menjadi RM45.

"Kadar tambang kanak-kanak untuk kategori sama bagi laluan Kuala Perlis ke Langkawi harga asal RM19.50 dinaikkan RM5.50 menjadi RM25, manakala perjalanan Kuala Kedah ke Langkawi RM25.50 naik RM6.50 menjadi RM32.

"Sementara untuk penduduk Langkawi, kadar tambang asal dewasa RM15 dinaikkan RM3 menjadi RM18 untuk perjalanan Kuala Perlis ke Langkawi, kanak-kanak RM10 naik RM3 menjadi RM13.

"Kategori sama bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi harga asal RM20 naik RM3.50 menjadi jadi RM23.50, manakala kanak-kanak dari RM14 naik RM3.50 jadi RM17.50," katanya.

Beliau berkata, tambang untuk warga emas dan orang kurang upaya masing-masing kekal RM13 dan RM17 bagi pejalanan Kuala Perlis ke Langkawi, manakala RM10 dan RM14 bagi Kuala Kedah ke Langkawi.


Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi cikcur ke telen la best
Bebas nk buat apa jah...nk pakai bikini tepi beach pun takde sapo heran
Kalo pi langkawi, nanti lobai2 bising
Pastu langkawi byk rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Khen... Pastu ni operator Keta sewa, hotel jet ski meroyan pelacung kurang... Nowadays p Ngan flight LG berbaloi la sesak nek feri n kena bayar UTK tinggal kereta KT kuala kdah/k Perlis

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebangga pondan siam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052512 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list