CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25186|Reply: 9

[Tempatan] Hambar, hanya 200 orang sertai Himpunan Bangkit Ummah

[Copy link]
Post time 4-1-2025 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 4-1-2025 12:49 PM

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 ahli pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai ‘Himpunan Bangkit Ummah’ untuk membantah pihak yang didakwa mengganggu-gugat keharmonian umat Islam di Malaysia.

Himpunan anjuran Pemuda PAS, Bersatu dan beberapa NGO bermula di Masjid Jamek, Kampung Baru selepas solat Jumaat disusuli perarakan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan polis.

Peserta berarak membawa plakad ‘Jangan Ganggu Islam’ dan ‘DAP Mesti Hormat Perlembagaan’ sambil diiringi laungan ‘Tolak DAP’, ‘Hancur DAP’, ‘Pecat Hannah’ dan ‘Pecat Nga’.

Antara pemimpin Perikatan Nasional (PN) hadir adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Mohd Hafez Sabri, Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz dan Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid.

Turut hadir Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali dan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Mohd Zai Mustaffa.

Hafez ketika ditemui pemberita berkata laporan polis dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana mendakwa tindakan serta perbuatan mereka telah mengganggu keharmonian umat Islam.

Menurutnya, laporan terhadap Yeoh dibuat susulan penerbitan buku berjudul ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang didakwa mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus manakala Nga pula dituduh mengadakan sambutan Krismas di pejabat kerajaan.

“Himpunan ini memberi peringatan tegas kepada DAP supaya jangan ganggu gugat umat Islam negara ini,” katanya.

FMT

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2025 08:00 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu ini menunjukkan satu isu paling besar. Masyarakat Malaysia kurang membaca.

Buku ini sudah keluar tahun 2014. Tapi pada waktu itu islam tidak terancam. Mungkin sebab orang yang baca buku tu pada waktu tu jenis educated.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak peduli lah 200 pun yang aku heran isunya. Baru keluar gua ka puak2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
[TERKINI]  10,000 orang penyokong hadir ke Masjid Kg Bharu untuk menyertai Perhimpunan Kebangkitan Ummah

"Lagi 9,980 orang sertai melalui LIVE TikTok," ujarnya pimpinan yang hadir

Harakat Daily
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:14 AM | Show all posts
Apa Mastora buat hari ini ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2025 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Angka tu x penting, yg penting objektif tercapai....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 03:39 PM | Show all posts
ultra78 replied at 4-1-2025 08:11 AM
Isu ini menunjukkan satu isu paling besar. Masyarakat Malaysia kurang membaca.

Buku ini sudah kelua ...

Masa kini pun masih tak baca. Buku tu dalam BI kot.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Acapkali netijen ulang, edukesyen is important.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri memberi bayangan pada umum dengan ayat berlapik 'fitnah is okay' dalam menegakkan syiar isele.
Komdian sendiri berarak kata DAP jahat dan ganggu Islam.

I is kenot brain dis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Rom belajar buat kapal dari Melayu' - Persatuan akademik mahu UIAM bertindak
Abahmung'Rom belajar buat kapal dari Melayu&
Views : 820 Replies : 27
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2667 Replies : 1516
travelll
em.ay.aa.nand26travelll
Views : 0 Replies : 0
traveeeeelll
em.ay.aa.nand26traveeeeelll
Views : 0 Replies : 0
Semakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-guru di SJKC berdepan dilema  antara mengekalkan penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
YgBenarSemakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-
Views : 416 Replies : 17
Seorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, akhirnya buat laporan polis lepas muka dia tiba-tiba viral dalam live seorang pempengaruh lelaki Kelantan di restoran.
YgBenarSeorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, ak
Views : 1161 Replies : 53
travvvvvvvvvvvvvvvveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeellllllllllll
ros.e.ande.rsentravvvvvvvvvvvvvvvveeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Views : 0 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 318119 Replies : 3221
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23537 Replies : 431
travell
ros.e.ande.rsentravell
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.138293 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list