CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8999|Reply: 1

Pasangan berusaha untuk hamil TTC disaran ubah diet, suami makan kacang supaya kualiti sperma lebih padu

[Copy link]
Post time 9-1-2025 06:10 PM | Show all posts |Read mode





PASANGAN yang sedang berusaha untuk hamil (TTC) disarankan agar menjaga kesihatan terutamanya aspek pemakanan mereka.


Pakar pemakanan kesihatan awam, Dr Emma Derbyshire berkata, corak pemakanan yang tidak teratur memberi kesan negatif terhadap kesihatan telur dan sperma.


"Masalah ketidaksuburan kini menjejaskan satu daripada enam pasangan di seluruh dunia dan merupakan salah satu cabaran besar dalam penjagaan kesihatan moden.


"Ketidaksuburan boleh membawa kepada stigma, kesulitan kewangan, tekanan yang signifikan, kemurungan, kebimbangan, dan kualiti hidup yang terjejas," ujarnya.


Selain pemakanan tidak teratur, Dr Emma berkata, tekanan kronik dan gangguan tidur juga boleh menjejaskan kesihatan telur dan sperma.


Sehubungan itu, Dr Emma memberi tiga saranan untuk mereka yang sedang berusaha mendapatkan anak.


1. Persiapkan tubuh sebelum kehamilan


Persiapan ini sebenarnya perlu dibuat oleh suami dan isteri. Antaranya, kawal berat badan berlebihan. Selain itu, corak pemakanan yang buruk dan kualiti tidur juga perlu diperbaiki untuk meningkatkan kesuburan.


2. Amalkan pengambilan kacang (jika tidak alergi)


Kajian mendapati dua hidangan kacang setiap hari sebagai sebahagian daripada diet gaya Barat untuk lelaki sihat membantu meningkatkan parameter sperma, yang menjadi petunjuk kesuburan lelaki.


3. Pantau pengambilan garam


Kajian makmal menunjukkan diet tinggi garam boleh menyebabkan kematangan oosit (telur) yang cacat dan berpotensi memberi kesan terhadap kesuburan wanita.


Jadi, pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak perlu berpada-pada dalam pengambilan garam harian. - Agensi.


Sumber : Mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050392 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list