CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12210|Reply: 16

Wanita maut dimakan babi - “Babi-babi tersebut dikuarantin oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut”

[Copy link]
Post time 10-1-2025 03:41 PM | Show all posts |Read mode





COLUMBUS, OHIO – Seorang wanita ditemui mati selepas dimakan oleh beberapa ekor babi yang kelaparan di hadapan rumahnya di negeri Ohio, lapor akhbar Daily Star semalam.


Kejadian berlaku di bandar Pataskala selepas mangsa bernama Rebecca Westergaard Rigney, tidak pulang meraikan perayaan Krismas bersama keluarganya.


Timbalan Koroner Licking, Jeff Lee berkata, Rigney ditemui tidak bernyawa di tangga apartmennnya dengan kecederaan pada bahagian kaki.


“Anggota-anggota polis yang tiba di tempat kejadian menemui seekor babi gergasi dan beberapa ekor babi lain.


“Babi-babi tersebut dikuarantin oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut,” kata Lee.


Kematian Rigney dianggap sebagai tidak disengajakan selepas haiwan ternakan itu membaham mangsa.


“Bedah siasat mendapati punca kematian Rigney disebabkan pengambilan ubat pencair darah untuk masalah jantung.


“Mangsa  diserang di kaki menyebabkan pendarahan tanpa henti,” katanya.


Ketua Polis Pataskala, Bruce Brooks menyifatkan kes itu sebagai keadaan yang mengerikan dan mengelirukan.


“Pihak berkuasa tidak pasti apa yang perlu dilakukan kerana babi yang terlibat bukan haiwan seperti anjing yang biasanya agresif dan menyerang orang ramai,” tambah Brooks. – AGENSI


Sumber : KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
babi pun carnivor ke ingat vegi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi boleh makan org ke. Eee ngerinyeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 04:58 PM | Show all posts
JahLupa replied at 10-1-2025 04:26 PM
Babi boleh makan org ke. Eee ngerinyeee

Babi ni bab makan serupa manusia, semua tibai. Mungkin itulah sebabnya kita diharamkan memakan manusia dan babi. That also explains why organ babi ni compatible dengan human sesuai buat spare part.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
piyek92 replied at 10-1-2025 03:49 PM
babi pun carnivor ke ingat vegi

Dia omnivore macam manusia. Boleh makan macam2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang banyak dah kes orang kena makan dengan babi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada episode dlm criminal mind. Dia lupus mayat dengan bagi makan dekat babi ternakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni betul. Kawan aku dulu cerita, dia duduk rumah panjang. Sampah tu memang buang campak je kat luar. Nanti siang hari dorang lepaskan babi, petang clear semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg b*bi tul
Huhu. Ganas tul
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cloud_jade replied at 10-1-2025 09:46 PM
Ada episode dlm criminal mind. Dia lupus mayat dengan bagi makan dekat babi ternakannya.

episod tu sedih sebab pembunuhnye terencat, dia tak jadi nak bunuh perempuan tu sebab perempuan tu jerit2 stop mommy stop (gara2 trauma kena dera)

dia tolak abang sebab abang dia nak jual kebun babi tu. dunia dia cuma kebun babi tu



babi betul la sedih dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:07 PM | Show all posts
thelilyallen replied at 10-1-2025 10:38 PM
Ni betul. Kawan aku dulu cerita, dia duduk rumah panjang. Sampah tu memang buang campak je kat luar. ...

sampah plastik dan kertas pon?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:47 PM | Show all posts
banyak aje cite hollywood, nak2 cite2 mafia ke gengster ke, kalau nak lupuskan mayat, campak aje ke kandang babi, dengan tulang2 pun bersih.. effisen betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:38 AM | Show all posts
ngerinya

kat china dorang guna babi bt makan taik takde sewer pun
setakat mkn orang apa la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:59 AM | Show all posts
Babi di Ohio tu warnanya kelabu ke? Buruk sekali rupanya.  Selalu dlm gambar yg sering ditengok, babi warna pink. Nampak  lebih bersih dn sehat drp yg kelabu ni.
Namun babi tetaplah babi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 02:43 AM | Show all posts
Kali pertama aku tau babi makan manusia. Adoi
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
True-X replied at 10-1-2025 11:07 PM
sampah plastik dan kertas pon?

Haah. Pad pun dia makan hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2025 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
thelilyallen: Ni betul. Kawan aku dulu cerit ...


Hebat betul.. mcm vakum cleaner.. semua dia sedut masuk.. patut tak elok mkn babi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050423 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list