View: 23604|Reply: 2
|
[Dunia]
Ibu jumpa mayat anak dalam bilik, leher dijerut wayar elektrik
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki berusia 29 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam rumahnya di Jalan Pisit Gorani, Thailand pada pagi Jumaat.
Penemuan mengejutkan itu dibuat oleh ibu kepada mangsa.
Mangsa yang dikenali sebagai Ritthakiat Petchploy ditemukan oleh anggota perubatan dengan wayar elektrik menjerut lehernya.
Pegawai penyiasat berkata tiada kesan pergelutan pada badan mangsa atau kesan pecah masuk di dalam rumah yang boleh mencadangkan wujud unsur jenayah.
Menurut ibu kepada mangsa yang dikenali sebagai Saithip Samnam, dia meninggalkan rumah sekitar pukul 6 pagi untuk membeli sarapan, apabila dia pulang satu jam setengah kemudian, dia mendapati bilik anaknya sudah berkunci.
Si ibu seterusnya cuba menjenguk menerusi tingkap, dia terkejut apabila melihat anaknya sudah tidak sedarkan diri, dia langsung menghubungi pihak polis.
Dalam pada itu, ibu mangsa turut mendedahkan anaknya mempunyai sejarah kesihatan berkaitan masalah mental dan pernah dua kali cuba membunuh diri.
Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Utusan online plak td ada berita psl polis gantung diri kt area Ipoh
Tp arwahnya kje di balai tepen
Sama jgk dipercayai ada mslh depression
Korg yg ada depression yg tak tertahan tu
Cari lh kebahagiaan ikut acuan sendiri
It's ok klu x sama dr org lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Kes bunuh diri ada di mana2. Depression is real. |
|
|
|
|
|
|
| |
|