CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28534|Reply: 2

[Tempatan] Penerbit USM mohon maaf atas kekhilafan 'Melayu boleh terbang'

[Copy link]
Post time 17-1-2025 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-1-2025 02:40 AM



Penerbit USM mohon maaf atas kekhilafan 'Melayu boleh terbang'
Diterbitkan:  Jan 17, 2025 12:34 PM
Dikemaskini: 4:47 AM


Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) memohon maaf berhubung kekhilafan hantaran di media sosial berkenaan Kunlun, seorang wira Melayu yang dikatakan boleh terbang.

Kisah itu dibicarakan dalam buku Melayu Mahawangsa: Tanah Air, Sejarah, Kerajaan dan Peradabannya.

Menurut penerbit USM, dalam hantaran tersebut, pentadbir secara khilaf telah menulis "tapi ini bukan cerita dongeng; ini catatan sejarah".

Sedangkan penulis buku, dalam pendahuluan bab, telah menyatakan sumber penulisan topik, adalah daripada gabungan sumber, termasuk kesusasteraan Cina klasik, teater dan filem.

Kami memohon maaf atas kekhilafan hantaran media sosial berkenaan Kunlun.
Kami mengambil tanggungjawab atas kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati dengan hantaran yang boleh menimbulkan kekeliruan,” kata Penerbit USM.




Kunlun diperkenalkan dalam Bab 8 buku itu, bersama Hang Tuah dan Sandokan dari Sabah, sebagai salah satu daripada tiga pahlawan legenda yang mewakili Kepulauan Melayu.

Catatan asal, bertarikh 12 Jan dengan tajuk "Legenda Kunlun yang Terbang: Wira Melayu pada zaman Dinasti Tang di China" memaparkan Kunlun sebagai tokoh luar biasa dari Kepulauan Melayu yang tiba di China dan terkenal dengan kebolehan terbangnya yang ajaib.



Ia menceritakan bagaimana dia menyelamatkan seorang wanita bangsawan dari sebuah rumah yang terbakar, menggambarkan Kunlun sebagai simbol keberanian dan kebijaksanaan, walaupun di negara asing.

“Tapi ini bukan cerita dongeng; ini catatan sejarah," kata hantaran asal itu sebelum memperincikan kejayaan Kunlun dan ia diakhiri dengan dakwaan bahawa orang Melayu sudah lama dihormati di peringkat antarabangsa.

Hantaran itu juga menggalakkan pembaca membeli buku tersebut dengan menyebut ia sesuai untuk mereka yang berminat untuk “memahami kehebatan bangsa kita”.

The Rakyat Post telah memetik pengarang Megat Hisemudin Megat Kasim yang mengkritik hantaran berkenaan dan mencadangkan ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan naratif Melayu Mahawangsa.

Kunlun merujuk kepada konsep dalam budaya Cina yang merangkumi geografi, mitologi, dan kesusasteraan.

Secara geografi, ia menandakan Pergunungan Kunlun di barat China, manakala secara mitologi, ia mewakili syurga yang dikaitkan dengan keabadian dan tokoh ketuhanan seperti Queen Mother of the West (Xi Wangmu).

Dalam teks Cina klasik, Kunlun juga digunakan untuk menggambarkan orang berkulit gelap dari wilayah selatan China, menggabungkan unsur geografi, mitos dan etnografi menjadi simbol imaginasi budaya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 09:07 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 18-1-2025 06:07 AM

Aneh ...Tumben ada pihak (penerbit) di USM  yang  "nalar berpikirnya waras dan sehat"  dan sangat berbeda dengan majority  rakyat MalayDsh yang berpikir dan bernalar "enuh Ilusi dan Impian"...

Seperti orang ramai ketahui begitu banyaknya  profesor dan ahli akademik  di USM  diketahui menjadi "penderita WAHAM"  dalam tulisan-tulisan yang memuja-muja "kebesaran dan kehebatan" bangsa melayu mahawangsa yang telah USM terbitkan dan propagandakan selama ini  serta  juga diajarkan di seluruh sekolah di MalayDesh sebagai "kebenaran" ...

Ini salah satu contohnya .. Propaganda tentang "Kehebatan" Bangsa Melayu Mahawanngsa oleh prof. USM ini ...tetapi lucunya dengan Nalar Berpikir yang "Ngawur dan Rancu"  karena sebenarnya dia bukan bicara tentang  bukti  "kehebatan" Bangsa Melayu Mahawangsa di negerinya sendiri yaiitu Tanah Melayu MalayDEsh..  








Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 09:35 PM | Show all posts
superman asalnya melayu bukan dongeng yahudi
taspi mgkin juga sbb bau bau bacang keturunan abraham yang terbuang melalui kenturah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043710 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list