CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7418|Reply: 3

[Tempatan] Bapa tiri tak serik-serik cabul anak tiri

[Copy link]
Post time 18-1-2025 01:29 PM | Show all posts |Read mode
SUBANG JAYA – Seorang lelaki diberkas polis di kediaman di Batu 13, Jalan Puchong, di sini, Isnin lalu, kerana dipercayai melakukan amang seksual ke atas anak perempuan tirinya

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, remaja perempuan berusia 15 tahun itu bertindak memberitahu ibunya, 31, mengenai perbuatan tidak senonoh bapa tirinya.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa pernah memberitahu ibunya bahawa suspek, 36, melakukan perbuatan seumpama itu pada 2021.



“Suspek merayu dan berjanji tidak akan menyentuh mangsa menyebabkan wanita itu tidak membuat laporan polis sewaktu kejadian empat tahun lalu.

“Pada 9 Januari lalu, mangsa memberitahu kepada ibunya bahawa suspek melakukan perbuatan sama ketika si ibu itu keluar bekerja,” katanya.

Susulan itu, ibunya tekad membuat laporan di Balai Polis Putra Height untuk tindakan lanjut.

“Suspek telah dikenakan tahanan reman selama seminggu iaitu sehingga Isnin bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon polis bagi penampar pada mak mangsa tu sekali,nk percaya gak kat jantan setan tu konon dh insaf xkan kacau anaknya,nasib la jadi kali kedua ni terus g report polis
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahan sekali mak mangsa nie  kesian mangsa dapat mak yg lebih mengutamakan laki sendiri dari keselamatan anak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal belaki.takut hilang pelir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.044747 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list