CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16541|Reply: 3

Arab Saudi rancang pelaburan AS$600 bilion dengan AS dalam tempoh 4 tahun

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:37 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Arab Saudi merancang untuk meluaskan pelaburan dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh empat tahun akan datang yang dianggarkan bernilai AS$600 bilion dan mungkin lebih daripada itu.


Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), perkara itu antara topik yang dibincangkan oleh Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman ketika panggilan telefon dengan Presiden AS, Donald Trump pada petang semalam.


Kedua-dua pemimpin turut membincangkan peluang kerjasama antara Arab Saudi dan AS untuk menggalakkan keamanan, keselamatan, dan kestabilan di Timur Tengah selain meningkatkan kerjasama dua hala untuk memerangi keganasan.


Mereka juga membincangkan cara untuk mengeratkan hubungan dalam pelbagai bidang, dan Putera Mahkota menekankan keupayaan pentadbiran AS untuk mencipta kemakmuran dan peluang ekonomi yang tidak pernah berlaku melalui pembaharuan yang dijangka di AS.


Beliau menambah bahawa Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk turut serta dalam peluang perkongsian dan pelaburan ini.


Sepanjang panggilan itu, Putera Mahkota turut berkenan menyampaikan ucapan tahniah daripada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan mengucapkan tahniah secara peribadi kepada Presiden Trump atas pelantikannya sebagai Presiden Amerika Syarikat.


Beliau turut mendoakan rakyat Amerika mencapai lebih banyak kemajuan dan kemakmuran di bawah kepimpinan Trump.


Sementara itu, Trump menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota atas ucapan tahniah mereka.


Beliau menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan Arab Saudi dalam semua perkara yang memberi manfaat kepada kepentingan kedua-dua negara.


Sumber : - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 07:01 PM | Show all posts
dah kaya nak kaya lagi itulah sifat manusia
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr kata triumph ni suruh arab saudi naik kan belanja umrah dan haji utk bg dia dana pulihkan LA semula.

Rapat betul kalian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka betul fitnoh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.497764 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list