CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2101|Reply: 0

[Sabah] Karnival Tahun Baharu Cina dalam kalendar pelancongan Kuala Penyu

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:17 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Limus diringi isteri Datin Tracy Tan, Nelson dan tetamu kehormat lain memalu gendang sebagai simbolik perasmian karnival berkenaan.

KUALA PENYU: Karnival Tahun Baharu Cina Kuala Penyu disaran dimasukkan dalam kalendar pelancongan daerah Kuala Penyu, sebagai usaha membangun dan memperkasakan industri pelancongan daerah ini.

Sehubungan itu, Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Penyu (PPPKP) diminta berkolaborasi dengan Pejabat Daerah serta jabatan dan agensi lain bagi merintis usaha bersama merealisasikannya.

Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury, ketika membuat saranan itu berkata ia penting memandangkan Karnival Tahun Baharu Cina mempunyai keunikan serta signifikan tersendiri bagi Kuala Penyu.

Katanya, komuniti Cina dan suku kaum Tatana yang mendiami daerah ini mempunyai hubungan sejarah yang mempengaruhi budaya dan cara hidup mereka.

"Sudah tiba masanya kita memasukkan karnival ini dalam kalendar pelancongan daerah Kuala Penyu dan diberikan promosi yang seluas-luasnya.

"Majoriti masyarakat suku kaum Tatana yang ada di daerah ini mempunyai ciri-ciri pertalian dengan budaya orang Cina, seperti acara bersembahyang yang diamalkan oleh penganut Buddha," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Tahun Baharu Cina 2025 peringkat daerah Kuala Penyu di Monsoi Point, di sini pada Sabtu malam.

Limus berkata beliau sependapat dan menyokong saranan Pegawai Daerah, Nelson Dumil Oluk dalam ucapannya yang mahukan karnival itu dipertimbang untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan Kuala Penyu.

"Ini kerana sambutan Tahun Baharu Cina begitu sinonim dalam kalangan masyarakat Tatana, yang kehidupan mereka dipengaruhi dengan kedatangan orang dari China seawal tahun 1870-an dahulu.

"Pengaruh tradisi Cina boleh dilihat dengan jelas menerusi pemakaian baju tradisi serta pelaksanaan upacara sembahyang bagi mereka yang masih mengamalkannya," katanya.

Beliau berkata budaya yang menjadi amalan itu boleh menjadi daya tarikan sekiranya karnival tahun baharu sudah dimasukkan dalam kalendar pelancongan nanti.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.310693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list