CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25539|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis yakin mampu urus keselamatan, lalu-lintas sepanjang persidangan Asean

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Polis yakin mampu urus keselamatan, lalu-lintas sepanjang persidangan Asean

Nur Izzati Mohamad[email protected]





Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad (tengah) ditemui media pada majlis Advokasi Sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Dua. FOTO DANIAL SAAD





Butterworth: Polis akan menggunakan kekuatan kontinjen itu sepenuhnya untuk menguruskan keperluan terutama dalam aspek keselamatan dan lalu-lintas sepanjang persidangan Asean di negeri ini.

Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah, malah yakin mempunyai kemampuan menangani apa jua isu ketika program dan mesyuarat Asean nanti.

Menurutnya, beberapa mesyuarat perancangan diadakan bersama pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kelancaran program berkenaan.

"Ia menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan Pulau Pinang berada dalam keadaan selamat dan tidak menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai terutamanya pengunjung dan delegasi luar negara.

"Buat masa ini, kita tidak menghadapi sebarang masalah dan kita yakin mempunyai kemampuan," katanya ketika ditemui pada Majlis Advokasi sempena Op Selamat 23/2025 Tahun Baharu Cina Peringkat PDRM Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan di Sungai Dua, di sini, hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya akan menempatkan sejumlah pegawai dan anggota keselamatan untuk bertugas di lokasi utama yang dikenal pasti bagi memastikan kelancaran persidangan.

"Kita percaya sumber tenaga kontinjen Pulau Pinang sudah mencukupi untuk menguruskan segala keperluan semasa acara itu berlangsung," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pulau Pinang bakal menjadi tuan rumah kepada 13 mesyuarat utama sepanjang Kepengerusian Asean-Malaysia 2025, membabitkan perbincangan peringkat kerja, pegawai kanan, dan menteri yang akan dijalankan oleh tujuh kementerian.



Disiarkan pada: Januari 31, 2025 @ 2:37pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1182354/polis-yakin-mampu-urus-keselamatan-lalu-lintas-sepanjang-persidangan-asean




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.161026 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list