CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28823|Reply: 0

[Sarawak] Empat seksyen Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dinaiki air

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:27 PM | Show all posts |Read mode


Nanta Linggi (dua kanan) hari ini meninjau keadaan Lebuhraya Pan Borneo Seksyen Serian KM187 hingga KM187.7 yang dinaiki air dari kedua-dua arah. - Gambar BERNAMA

SERIAN:  Empat seksyen di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo Sarawak terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata empat seksyen tersebut melibatkan kawasan di Serian, Selangau, Bakun dan Pujut.

“Yang paling penting buat masa ini semua jalan-jalan tersebut masih boleh dilalui kenderaan termasuk kenderaan yang ringan dan tiada mana-mana jalan Pan Borneo di sini yang perlu ditutup akibat banjir.

“Keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya adalah keutamaan kami,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi Lebuhraya Pan Borneo yang terjejas banjir di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini juga tiada kerosakan lebuh raya lebuh raya dilaporkan dan pemantauan secara berterusan juga akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

“Kita juga ada juga menerima laporan mengenai tanah runtuh melibatkan jalan di daerah Song dan bagi mengatasi isu ini JKR Sarawak telah membina satu jalan sementara yang dilengkapi batu supaya tidak licin,” katanya.

Orang ramai boleh melaporkan kejadian jalan terputus atau terjejas akibat banjir kepada pihak JKR Sarawak melalui platform media sosial seperti Facebook, TikTok atau melalui aplikasi WhatsApp (011-7017 1777).

Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga berbanding 7,503 orang daripada 2,096 keluarga malam tadi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.661075 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list