CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31930|Reply: 0

[Sabah] Ewon alu-alukan komitmen Hajiji tingkatkan hasil Sabah

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:30 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Ewon merakamkan gambar kenangan bersama tetamu lain semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina.



YEE SANG: Ewon menggaul Yee Sang bersama semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu.

KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan komitmen Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor untuk meningkatkan hasil dalam negeri ini.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau  bersedia bekerjasama dengan pimpinan Sabah dalam usaha meningkatkan lagi kutipan hasil kerajaan Sabah.

“Saya percaya kenyataan Ketua Menteri itu berasaskan pencapaian dalam dua tahun ini.

“Sememangnya hasil kerajaan Sabah mencatatkan peningkatan dan PH Sabah berbangga menjadi sebahagian daripada pimpinan yang menyumbang kepada peningkatan hasil negeri.

“Itu termasuklah pemberian khas dalam Perkara 112D di mana kita meningkatkan interim pembayaran daripada RM306 juta kepada RM600 juta bermula pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang dihoskan oleh Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah serta kepimpinan DAP Sabah.

Ewon yang juga Peresiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) diminta mengulas kenyataan Hajiji yang menyatakan bahawa kutipan hasil negeri akan mencapai lebih RM8 bilion dalam tempoh tiga tahun lagi jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-(PH) Plus diberi mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Dalam pada itu, Ewon berkata kebersamaan dalam sambutan Tahun Baharu Cina yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat pada majlis ini akan terus menyemarakkan lagi perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan rakyat negara ini.

“Semoga kepimpinan DAP Sabah terus cemerlang memperjuangkan pembangunan rakyat dan negara,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa Jannie Lasimbang dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Nelson Angang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049595 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list