View: 37600|Reply: 13
|
"Kami Tak Pasti Yassin Sihat Atau Tak" - Wahid
[Copy link]
|
|
Kumpulan Senario berharap orang ramai tidak terus melemparkan tuduhan dan spekulasi kurang tepat mengenai salah seorang anggotanya, Yassin yang kini keberadaannya masih menjadi tanda tanya umum.
Menurut Wahid, Senario tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut bagi menghormati pihak keluarga sebaliknya meminta orang ramai terus menitipkan doa buat Yassin.
“Bukan tak mahu beri kenyataan tetapi semua ini membabitkan Yassin dan keluarga. Lebih baik kita termasuk peminat dan netizen menghormati situasi ketika ini.
Yassin (berbaju merah jambu) sendiri tidak mengetahui keberadaan Yassin buat masa sekarang.
“Sebagai rakan, jika isterinya suruh sekali pun, kami tetap mendiamkan diri. Jadi, doakan yang terbaik, bukannya buat spekulasi bukan-bukan. Ini semua kerja Allah SWT,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Tambah Wahid, semua yang berlaku mempunyai hikmah dan dia yakin akan wujud sinar baharu buat Yassin satu hari nanti.
“Apa yang berlaku semuanya sudah tertulis. Saya percaya akan aada sesuatu yang baik akan berlaku selepas sapa yang Yassin lalui hari ini.
“Kita pernah lihat ramai yang pernah dihina, akhirnya dapat kemewahan, pangkat, darjat dan sebagainya. Moga Yassin juga begitu.
“Hari ini mungkin Yassin susah, tapi insya-Allah ada benda baik untuknya,” katanya lagi.
Berkongsi impak ketiadaan Yassin ketika ini, Wahid atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Mohamad mengakui sangat terkesan kerana menyifatkan sahabatnya itu sumber rezeki buatnya.
“Dia adalah sumber rezeki Senario. Tawaran rezeki kami melimpah ruah ketika Yassin ada.
“Yassin rajin mencari ‘show’. Saya pula hanya tahu balik Ipoh, Perak dan tidur. Cukup masa, Yassin akan hubungi beritahu ada show dan kami sertai sahaja.
“Yassin dan Azlee banyak dapatkan undangan persembahan. Kalau Azlee dan Yassin tiada, mungkin Senario pun tiada kerja sebab anggota lain semuanya pemalu,” tuturnya.
Mengulas kesihatan Yassin, Wahid berkata, dia tidak boleh memberikan jawapan kerana tidak dapat menghubunginya.
“Buat masa ini, kami tak pasti Yassin sihat atau tidak. Kami tidak berhubung dengannya,” katanya.
Sementara itu, Wahid menasihatkan netizen tidak berfikiran bukan-bukan mengenai Yassin, sebaliknya doakan yang baik-baik.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak ditahan di Jeddah selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.
Pelawak itu dilaporkan sedang menjalani tempoh hukuman penjara selama enam bulan di negara tersebut. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.
Difahamkan, pelawak berkenaan dijangka dibebaskan lebih awal daripada tempoh ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.
Sumber– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal pakya jadi duta jakel lagak cam oku tahan berak? X hyperr mcm dlm sepahtu? Pelik pelik.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dengan ayat ni? yang tidak2 aje |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ahhhh. Asyik Netizen je kena doa yg baik2 utk si pendadih. Walhal si pendadih rilekkk je bwk dadih seberang laut. LAMBERTTTTT lagi nak kesian. Mmpos kau sana. Sendiri makan taik, nk suruh org basuhkan molot kau plk. Byk cantik muka engko. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la ayat cover member baek punya.. jawap camtu kami dh faham dh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yassin (berbaju merah jambu) sendiri tidak mengetahui keberadaan Yassin buat masa sekarang. -- caption kat gambar. Sis keliruuu |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 4-2-2025 09:07 PM
ok la ayat cover member baek punya.. jawap camtu kami dh faham dh..
ayat org matang.. tp wahid mmg antara yg xde kontroversi dlu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pichee replied at 4-2-2025 03:48 PM
ayat org matang.. tp wahid mmg antara yg xde kontroversi dlu..
Mgkin sebab ni diorang boleh baik sampai sekarang. Aib ke apa, masing2 sorok diam2. Ada job, jalan.
Wahid ni i rasa cerita paling kontroversi pun dia nak terjatuh hati dgn kakak/adik sndiri yg dibela oleh org lain kan? Ke tu apek? I rasa tu wahid..
Bini yasin pun senyap je lah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang la. Sekarang musim retis lama buat concert.. tiket pon laku keras. Yassin xde ni terganggu la aktiviti yg dorang dah rancang.
Aku suka dengar lagu lawak2 zaman dulu macam cari tapak/cepat kaya (senario), kopi dangdut (salleh yakob) & ayam/makan (jalil hamid) |
|
|
|
|
|
|
|
wahid dah bagi hint tu ..yassin ada bini. g la tanya sana. g tanya senahriiioo buat gapo |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pula hanya tahu balik Ipoh, Perak dan tidur. Cukup masa, Yassin akan hubungi beritahu ada show dan kami sertai sahaja.
red flag
|
|
|
|
|
|
|
|
tuduhan dan spekulasi kurang tepat
dpt apa aje kalau speku / tuduh si pendadih tu??
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm asshole aje kan bunyiknya.. dah tua tp bodoe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|