Dalam beberapa minggu sahaja lagu tersebut berada di kedudukan nombor satu carta Billboard, bahkan popularitinya terus memuncak selepas kejayaan Killing Me Softly With His Song pada 1973 dan Feel Like Makin’ Love setahun kemudian.
Lebih mengujakan, pada 1973 dan 1974 juga, beliau memenangi trofi utama Anugerah Grammy iaitu Record of The Year selain meraih trofi kategori Song of The Year.
Dilahirkan sebagai Roberta Cleopatra Flack di Black Mountain, North Carolina pada 10 Februari 1937, mendiang dibesarkan di Arlington, Virginia, berdekatan Washington D.C.
Keluarganya berbakat besar dalam muzik dan cenderung terhadap muzik gospel membuatkan Roberta mula bermain piano sejak kecil.
Bakat luar biasa yang dimiliki melayakkannya menerima biasiswa muzik di Universiti Howard, Washington D.C pada usia 15 tahun.
Beliau pernah berkahwin dan kemudian bercerai dengan pasangannya Stephen Novosel pada 1972 serta dikurniakan seorang anak lelaki, Bernard Wright juga penggiat muzik.
Sumber – KOSMO! ONLINE