CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6351|Reply: 3

A.Aida Buka Hati Kenal Hati Budi Ahli Politik, Tertarik Dengan Wajah & Kematangan

[Copy link]
Post time 4-3-2025 12:23 PM | Show all posts |Read mode

TANPA berselindung penerbit Datuk A. Aida memberitahu sedang mengenali hati budi seorang lelaki berstatus ahli politik berusia 56 tahun.

Mula berkenalan sejak Julai tahun lalu, kata A. Aida, 55, wajah menawan dan kematangan lelaki berkenaan membuatkan dia terbuka kembali menerima kehadiran seseorang di dalam hati.

"Kita mestilah pandang wajah dulu selain itu saya rasakan dia seorang yang matang.

"Saya pernah berdoa agar jodoh terakhir saya dengan lelaki seusia, biarlah kami tua bersama.

"Sekarang ini masih kenal hati budi. jika ada jodoh, insya-Allah menjadi. Doakan yang baik-baik," katanya kepada mStar.

A. Aida berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis agihan bubur lambuk di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Isnin.

Dalam pada itu, A. Aida menegaskan lelaki berkenaan bukan berstatus suami orang sekali gus menolak tanggapan dia seorang perampas.

Kata A. Aida sudah menjadi prinsipnya untuk tidak meruntuhkan kebahagiaan orang lain demi kepentingan dirinya.

"Prinsip saya tidak akan ambil suami orang. Saya tak mahu sakitkan hati wanita lain.

"Dia duda anak dua. kami sama-sama single dan apa salahnya kenal rapat," jelasnya.

Sementara itu, A. Aida memberi tempoh untuk lelaki berkenaan menurunkan berat badan sebleum mereka merancang berkahwin.

Bukan syarat berat tetapi baginya penampilan dan kesihatan antara kriteria penting dalam memilih pasangan hidup.

"Saya paksa dia pergi gim. Beri tempoh untuk dia turunkan berat badan, barulah cakap soal kahwin.

"Saya sendiri sangat mementingkan senaman dan kesihatan," ujarnya.

Untuk rekod A. Aida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali dan hasil daripada kesemua hubungan tersebut dia dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Perkahwinan A. Aida dengan penyanyi Ameng pada 1994 dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Wan Aleesya, 29 dan Wan Natasha yang kini berusia 24 tahun.

Pasangan itu bercerai pada 2003.

Penerbit itu juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis selepas bercerai dengan vokalis kumpulan Spring itu namun butiran perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.

A. Aida kemudiannya bertemu jodoh dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007 namun mereka bercerai pada 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul yang kini berusia 16 tahun.

Selepas lima tahun hidup menjanda, A. Aida sekali lagi berkahwin dengan aktor Ariff Aziz pada 2018 namun rumah tangganya itu hanya bertahan selama 10 bulan.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 12:52 PM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow  kalau ada jodoh lagik, kali ke-5 dia nikah

Sapo bakal calon ahli politikus nie
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya tercapai hajat Neknowa. Bila lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.879758 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list