CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6366|Reply: 16

[Tempatan] Ramai terkejut- makin tinggi rumah, makin lambat waktu berbuka dan solat

[Copy link]
Post time 4-3-2025 12:52 PM | Show all posts |Read mode


Kebiasaannya, umat Islam di negara ini akan menunaikan solat sebaik sahaja azan dilaungkan di kawasan masing-masing.

Namun, ramai yang tidak tahu waktu solat juga boleh berubah apabila seseorang itu berada dalam bangunan yang tinggi.

Di laman X, pengguna media sosial terkejut bercampur teruja melihat poster makluman waktu solat yang ditetapkan untuk tingkat 76 dan ke atas bagi Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Menurut notis yang diterbitkan oleh pihak KLCC Urusharta dan kini tular, perubahan itu berkuatkuasa bermula 1 Ramadan.

Ini bermakna, waktu berbuka untuk mereka yang berada di tingkat 76 ke atas juga berbeza dengan individu lain walaupun berada di bangunan dan kawasan sama.



"Kepada para penyewa, berdasarkan surat rasmi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri bertarikh 26 Februari 2025, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa waktu solat bagi bangunan yang melebihi 400 meter tinggi adalah seperti berikut:

Maghrib: Tiga minit selepas azan

Syuruk: Tiga minit lebih awal

"Walaubagaimanapun, perubahan ini hanya akan terpakai bagi tingkat 76 ke atas di Menara Berkembar Petronas, berkuat kuasa 1 Ramadan 1446H," tulis kenyataan itu.

Beberapa netizen meluahkan rasa terkejut memandangkan mereka tidak tahu waktu solat dan berbuka akan berubah apabila seseorang itu berada pada ketinggian tertentu.

"Baru tahu, lagi tinggi sebuah bangunan, lagi lambatlah waktu berbukanya.

"Jadi, hal sama turut terpakai untuk Menara TRX dan Merdeka 118?

"Tak silap Burj Khalifa pun lagi banyak waktu dia, sebab level berbeza-beza. Konsep dia sama macam naik atas bukit.

"Ini adalah interesting fact (fakta menarik). Rupanya ketinggian pun main peranan dalam masuk waktu," tulis netizen.

Dalam pada itu, semakan mendapati menara pencakar langit Burj Khalifa di Dubai juga mempunyai tiga zon waktu solat berbeza.

Zon 1 melibatkan Aras 1 hingga 80, Zon 2 (Aras 81-50) dan Zon 3 (Aras 150 ke atas).

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 12:56 PM | Show all posts
yg aku tau..kalau dalam flight gtu..selagi nampak fajar mentari , selagi tu x leh bukak posa..walaupun di bawah tu udah waktu berbukak...so, time nak landing tu jela baru leh berbuka...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tau???? sapa bangunkan(sahur) bini mamat tu...ko tau la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
So, kalau masa berbuka tu pi la turun bawah..boleh berbuka sama2 dgn org lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau naik flight, mmg kena tunggu pengumuman  dr pilot.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:20 PM | Show all posts
SedihPedih replied at 4-3-2025 05:17 AM
Kalau naik flight, mmg kena tunggu pengumuman  dr pilot.

yaaa betui

ada sekali deme makan ko.. ikut time biasa.. haku nak ckp tunggu pun deme udah makan dulu

so berhuhuhu je lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 4-3-2025 01:20 PM
yaaa betui

ada sekali deme makan ko.. ikut time biasa.. haku nak ckp tunggu pun deme udah makan d ...

Kadang2 mmg org tak tau. Masa stewardess bg kurma tu, patut boleh pesan sebab x semua org ada pengalaman terbang time nk buka puasa.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:31 PM | Show all posts
SedihPedih replied at 4-3-2025 05:26 AM
Kadang2 mmg org tak tau. Masa stewardess bg kurma tu, patut boleh pesan sebab x semua org ada peng ...

tp kira kena replace kan poser tu? ke cemaner ekk?

even tak tahu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kultus Bumi Rata tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
SWORKS27 replied at 4-3-2025 12:56 PM
yg aku tau..kalau dalam flight gtu..selagi nampak fajar mentari , selagi tu x leh bukak posa..walaup ...

ye. klu kat 39000 kaki dalam 25 minit lambat buka nye. aritu flt dubai- new york. kat bawah masih gelap belum subuh. bila takeoff nampak cahaya matahari. pastu sebab menuju ke barat, jadi² gelap semula .
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Angka sawan Negara  tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling best berpuasa dalam gua, langsung tak nampak matahari
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:05 PM | Show all posts
adik ai waktu berbuka dia bermacam macam time mengikut kemana kapal dia benti.
pi korea marin pkl 5.30ptg dah buka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
3 menet??? Noks.. naik je la lif dari level 80 tu turun zasssss ke 42 tak sampai 1 minit pun laju... bleh ngap kurma
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 02:20 PM | Show all posts
3 minit lambat tu lama la jugak kalau menunggu bulan pose. kalau aku memang ku turun dulu la makan buka sesiap kat bawah hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 03:09 PM | Show all posts
cikdot replied at 4-3-2025 02:20 PM
3 minit lambat tu lama la jugak kalau menunggu bulan pose. kalau aku memang ku turun dulu la makan b ...

mcm jauh sgt je,padahal x sampai 1 kilo ketinggiannya,

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
berkampung je la kt level 75 kalo gini.. dugaan tau nk tggu 3 min tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.187359 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list