View: 3566|Reply: 10
|
[Dunia]
Seoul galak warga emas pulangkan lesen memandu
[Copy link]
|
|
Seoul: Kerajaan Metropolitan Seoul menggalakkan pemandu warga emas menyerahkan lesen memandu mereka sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.
Menurut kerajaan, pemandu berusia 70 tahun ke atas boleh menyerahkan lesen mereka di pusat komuniti setempat dan menerima pas transit prabayar 200,000 won (RM613.55) bermula 10 Mac ini.
Bandar raya itu menyatakan, nilai pas digandakan daripada 100,000 won (RM306.77) sebelumnya dan akan tersedia untuk sehingga 31,800 warga emas berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Langkah itu diperkenalkan untuk mengurangkan kos sosial berkaitan dengan kemalangan jalan raya membabitkan pemandu warga emas.
Menurut laporan Institut Pengangkutan Korea 2024, dianggarkan 420,000 won boleh dijimatkan setiap tahun untuk setiap pemandu warga emas yang menyerahkan lesen memandunya.
Kad transit dikenakan bayaran sebanyak 200,000 won pada masa ia dikeluarkan.
Ia boleh digunakan dalam bas, teksi dan kedai yang berkaitan dengan T-money di seluruh negara.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dapat tiap2 bulan ke one off je. kalau tiap2 bulan bbaloi gak. buat duit tanbang grab |
|
|
|
|
|
|
|
intan20002: dapat tiap2 bulan ke one off j ... best jugak if tiap bulan. Nak pergi mana2 ada tambang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi unlimited ride ja terus. Government won't lose a thing. Bus, train semua tu tetap kena bergerak. Warga2 emas ni kasi naik off peak hours.
Malaysia sila tiru boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Revoke terus lesen those yang 70 tahun tu tak boleh ke? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 8-3-2025 06:41 AM
Bagi unlimited ride ja terus. Government won't lose a thing. Bus, train semua tu tetap kena bergerak ...
Haah..betul jg tu...nak gi kk tolong hantar shuttle van ke apa... bg keje ke org muda utk mudahkan org tua... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 8-3-2025 10:50 AM
Elok2 ada kereta pergi drive 1km je pun dah kena naik grab atau basikal electric, org tua2 bukan pi mana2 pun pergi mengopi, pasar, kedai runcit, tokong, rumah kawan, hospital klinik, taman jogging etc, patut 75 ke atas 70 tu belum nyanyuk |
|
|
|
|
|
|
|
That will be cost mungkin tak dapat lah. Bagi free benda2 yang memang dah berjalan macam public transport, zoo semua tu daripada dibiarkan sendu. Contoh macam zoo, bila bagi warga emas masuk free, caj anak yang bawa tu separuh. Anak tu pula mungkin bawa family yang itu caj macam biasa. Kan win-win tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
That will be discriminatory. Everybody age at a different rate. You'd probably need a court order to declare seseorang itu invalid.
Yang Korea buat tu dah cantik, voluntary basis plus insentif.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|