CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2107|Reply: 0

Faizal bersara, rugi skuad negara

[Copy link]
Post time 7-3-2025 11:17 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Terengganu: Persatuan Hoki Terengganu (PHT) menyifatkan keputusan penyerang sensasi, Faizal Saari mengumumkan persaraan daripada mewakili skuad kebangsaan adalah satu kerugian besar.

Presidennya, Mohd Fikri Harun berkata, walaupun persatuan menghormati keputusan pemain berusia 34 tahun itu, namun ketiadaannya bakal memberi tamparan buat barisan depan skuad kebangsaan.

Hal ini kerana penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu masih berada pada tahap prestasi terbaik selepas muncul penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia (LHM) dengan meledak 32 gol dalam 12 perlawanan pada musim ini.

Malah tegas Mohd Fikri, pemain itu juga antara watak penting kejayaan THT menyapu bersih tiga kejuaraan dalam LHM selepas gagal melakukannya pada tahun lalu.

Namun beliau percaya pintu buat pemain itu untuk kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan belum tertutup rapat lagi.

"Keputusan pemain hoki sensasi negara, Faizal untuk bersara daripada skuad kebangsaan ketika berada di puncak prestasi mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pemerhati sukan.

"Dengan pencapaian luar biasa yang ditampilkan dalam LHM baru-baru ini, 'kehilangan' Faizal dianggap sebagai satu kerugian besar buat pasukan negara.

"Saya bagi pihak THT menghormati keputusannya yang mahu memberi tumpuan kepada pembangunan akademi hoki sendiri. PHT juga berjanji akan membantu akademinya daripada segi peralatan dan aspek lain yang diperlukan bagi memastikan bakat muda terus berkembang dalam sukan itu.

"Namun pada masa sama saya percaya pintu skuad negara tidak tertutup rapat lagi buatnya. Jika keadaan mengizinkan dan dia bersedia untuk kembali, peluang untuk menyarung jersi kebangsaan pasti masih terbuka.

"Buat masa ini peminat hoki negara hanya mampu menantikan perkembangan selanjutnya sama ada dia kekal dengan keputusannya atau mempertimbangkan semula untuk kembali menyumbang kepada skuad kebangsaan," ujar Mohd Fikri ketika dihubungi.

Terdahulu abang kepada pemain tengah kebangsaan, Mohd Fitri mengumumkan persaraan daripada menyarung jersi skuad kebangsaan tetapi akan terus kekal beraksi dalam saingan domestik.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.982632 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list