View: 30952|Reply: 0
|
[Sabah]
SMJ Energy gesa syarikat OGSE pacu pertumbuhan ekonomi
[Copy link]
|
|
Dalam pada itu, Naib Presiden PETRONAS bagi Perolehan Kumpulan, Rashidah Alias menekankan kepentingan perkongsian yang lestari antara PETRONAS dan kerajaan negeri.
"PETRONAS komited sepenuhnya menyokong pertumbuhan dan pembangunan sektor OGSE Sabah, melalui kerjasama ini, kita boleh mewujudkan industri yang berkembang pesat dan lestari yang memberi manfaat kepada semua rakyat Sabah," katanya.
Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan (MIDE) Datuk Thomas Logijin mewakili kerajaan negeri memaklumkan bahawa kerjasama ini adalah masa penting bagi sektor OGSE Sabah.
“Dengan memanfaatkan KAO, menerapkan inovasi dan aktif mencari peluang baharu, kita boleh membuka potensi sepenuhnya bagi syarikat-syarikat tempatan kita," katanya.
Pemacu utama kemajuan ini adalah Majlis Kandungan Tempatan Sabah (SLCC), yang dipengerusikan Pengarah Eksekutif SMJ Energy bagi OGSE & Korporat Terry Biusing.
Majlis yang terdiri daripada wakil kerajaan, PETRONAS, pengendali dan persatuan OGSE tempatan, memainkan peranan penting dalam menyelaras, memudahkan, memberi panduan dan menyokong pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan penyertaan tempatan.
Majlis ini berperanan penting dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh syarikat tempatan dan memupuk kerjasama antara pihak berkepentingan.
Menyedari pentingnya perkongsian strategik, kerajaan negeri dan PETRONAS juga menubuhkan Pasukan Petugas Bersama (JTF) yang berjaya melaksanakan garis panduan untuk perkongsian wajib antara syarikat besar yang berpengalaman dan perniagaan tempatan Sabah pada 2024.
Ia membawa kepada peningkatan penyertaan syarikat Sabah dalam projek-projek yang kompleks dan bernilai tinggi.
Pelancaran KAO 2025-2027 menunjukkan komitmen bersama kerajaan negeri dan PETRONAS untuk membina industri minyak dan gas yang kukuh, lestari dan inklusif yang akan menjadi asas kepada masa depan ekonomi Sabah.
Sumber: Utusan Borneo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|