CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33707|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis buru empat suspek kes bunuh di restoran nasi kandar

[Copy link]
Post time 7-3-2025 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Polis buru empat suspek kes bunuh di restoran nasi kandar

Nur Izzati Mohamad[email protected]





UNIT forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian lelaki Myanmar maut ditetak. FOTO Nur Izzati Mohamad




Tasek Gelugor: Polis giat mengesan empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes tetak seorang lelaki warga Myanmar sehingga maut dalam kejadian di sebuah restoran nasi kandar di Taman Sepadu Jaya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 3.20 pagi.

Menurutnya, mangsa yang juga pekerja restoran terbabit dikatakan diserang empat lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang.

"Siasatan awal mendapati empat lelaki warga tempatan yang memakai topi dan penutup muka serta bersenjatakan parang turun dari sebuah kenderaan berwarna gelap dan menyerang mangsa yang sedang bertugas di restoran berkenaan.

"Mangsa cuba melarikan diri namun kesemua empat suspek bertindak mengejar mangsa sebelum menetak mangsa di bahagian kepala, tangan dan badan.

"Selepas beberapa kali ditetak mangsa jatuh terbaring manakala kesemua suspek melarikan diri menaiki kenderaan sama.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian lengan belakang tangan kanan, kepala dan beberapa kesan luka di bahagian belakang badan mangsa.

"Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat.

"Suspek belum dikenal pasti dan pihak polis sedang berusaha mengesan suspek disyaki terbabit," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: Mac 7, 2025 @ 5:54pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1194425/polis-buru-empat-suspek-kes-bunuh-di-restoran-nasi-kandar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:08 AM GMT+8 , Processed in 1.255120 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list