CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15438|Reply: 0

Suami lebihkan isteri pertama setiap kali Ramadan, Aidilfitri! Wanita kini sedar tak indah jadi bini muda, asyik makan hati

[Copy link]
Post time 8-3-2025 02:08 PM | Show all posts |Read mode

SUDAH ditakdirkan menjadi isteri kedua, namun wanita ini berkata ia bukanlah manis seperti yang disangkakan.

Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan, seorang wanita sayu mengenangkan nasib yang terpaksa dilaluinya.

Wanita ini memaklumkan dia merupakan anak yatim piatu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata berusia dua tahun.

Namun sejak mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri kedua sejak empat tahun lalu, dia tidak pernah merasai kenikmatan berpuasa yang sebenar bersama suami.

"Suami hanya akan datang berbuka puasa dengan saya setiap tahun sekali atau dua je dalam bulan Ramadan.

"Itu pun bila dah masuk Ramadan ke-20 ke atas sebelum suami bercuti panjang seminggu atau dua minggu untuk balik ke beraya di kampung isteri pertama," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.


Tidak sekadar merasakan dirinya disisih pada bulan Ramadan, perasaan itu turut dirasainya setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Normal ke kalau isteri kedua ni tak pernah dapat giliran beraya hampir empat tahun," soalnya, sambil mendedahkan dia dan isteri pertama tinggal di daerah yang sama.

Menurut wanita itu, perkahwinannya bersama suami bukanlah rahsia sebaliknya diketahui oleh keluarga mentua termasuk isteri pertama.

Dia bagaimanapun memaklumkan hubungan mereka tidak mendapat restu daripada semua pihak.

"Dari awal saya dah tahu mereka tak boleh terima saya. Tapi dari awal juga suami tak pernah beritahu yang dia akan menafikan semua hak saya termasuk giliran bermalam, nafkah dan lain-lain.

"Saya sedih dan terasa hati. Tapi kalau saya luah pada suami, akan buruk padahnya.

"Pasti dia akan menghilang dua hingga tiga minggu tanpa khabar. Sudah empat tahun berpuasa dan beraya tanpa suami," katanya.


Dalam pada itu, wanita itu turut menegaskan bahawa luahannya itu bukan menyentuh tentang duit untuk persediaan di bulan Ramadan dan Syawal semata-mata, tetapi apa yang lebih penting adalah masa suami bersama dirinya dan anak.

"Saya bekerja dan ada kerjaya, ada duit sendiri. Tapi ini bukan isu duit, tapi isu nak ada suami, masa dengan suami lagi-lagi masa raya.

"Sedangkan masa Ramadan pun dia tak balik-balik. Dah pernah bincang, tapi jadi gaduh, suami jenis tak boleh ditegur," katanya lagi.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.616065 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list