View: 18933|Reply: 0
|
Padah kutuk pengadil, pemain import Sabah, Saddil dalam 'bahaya'
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pemain import Sabah FC dari Indonesia, Saddil Ramdani kini dalam 'bahaya' selepas secara terbuka mengutuk pengadil perlawanan di laman sosialnya susulan keputusan seri 2-2 dengan Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Menerusi perkongsian di laman Story Instagram miliknya, Saddil seolah-olah mendakwa kemenangan The Rhinos 'diragut' oleh pengadil.
"Pengadil teruk, malam ini kepimpinan kamu amat merugikan kami. Sepatutnya tiga mata itu milik kami (Sabah)," kata Saddil.
Tindakan pemain sayap itu pastinya mengundang padah dan ia jelas melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM dan Artikel 91 Statut FAM 2023.
Artikel itu menyebut mana-mana pegawai atau pemain tidak boleh membuat apa-apa kenyataan kepada media, secara lisan atau bertulis tanpa kelulusan atau kebenaran bertulis atau lisan, daripada Jawatankuasa Eksekutif seperti yang dinyatakan di bawah Statut FAM atau peraturan-peraturan atau arahan-arahan atau pekeliling yang dikeluarkan.
Sebelum ini, pemain dan jurulatih Liga Malaysia (Liga M) pernah digantung antaranya pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang digantung selama sebulan oleh FAM selepas mengeluarkan kenyataan ketika temu ramah media selepas berdepan Sabah FC pada April 2023.
Bekas pegawai Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya juga pernah digantung dua bulan dan dikenakan denda RM10,000 pada 2022 kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh memberikan impak negatif ke atas nama baik dan reputasi FAM selain daripada mengecam mengenai urusan pentadbiran hal-ehwal FAM (kepengadilan) atau pengelolaan Liga M.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|