CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21218|Reply: 0

Bebaskan jiwa daripada pengabdian kepada nafsu

[Copy link]
Post time 8-3-2025 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Pastinya Ramadan memberikan khabar gembira kepada kita kerana ia hadiah yang amat bermakna dan berharga daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.

Sebagai tanda mensyukuri nikmat dipertemukan dengan Ramadan al-Mubarak ini, penuhilah aktiviti dengan menggandakan amal ibadah agar kita dilimpahkan rahmat dan kurniaan daripada Allah SWT.

Ramadan yang mulia ini dikenali dengan jolokan bulan tazkiyyah al-Nufus. Tazkiyyah ini bermaksud penyucian, pembersihan dan penyuburan diri serta penyingkiran segala bentuk perkembangan yang tidak dikehendaki dan segala perkara tidak baik.

Sebagai suatu terma spiritual, tazkiyyah mengandungi makna suatu usaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan diri seseorang manusia daripada sifat buruk lagi keji yang menjadi penghalang kepada penyuburan akhlak mulia seseorang insan.

Seterusnya penyucian diri itu diikuti dengan usaha pengisian dan perhiasan diri supaya proses berkenaan menjadi lebih sempurna.

Justeru, dapat difahami bahawa tazkiyyah melibatkan proses usaha dan kesungguhan seseorang insan dalam menyelesaikan konflik antara baik dan buruk yang wujud dalam jiwanya.

Sedangkan 'al-nufus atau al-nafs' bermaksud sebagai suatu jirim halus yang bergerak memberi kekuatan kepada kehidupan dan perasaan serta kehendak yang ada pada diri manusia. Berkaitan perkara ini, Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka orang yang sombong takbur." (Surah al-Nahl ayat 23)

Al-nafs atau jiwa ini adalah suatu hasrat yang mencetuskan nilai kekuatan pada diri seseorang insan bagi mencapai naluri kemahuannya.

Setiap dihasilkan melalui amal perbuatan adalah lukisan kehidupan bermula daripada suatu perasaan yang mengalir dalam jiwa untuk diterjemahkan menjadi kenyataan melalui perbuatan. Ini kerana perbuatan manusia biasanya menurut acuan hasil daripada perasaan jiwa yang terpendam di dalam hati. Atau dengan kata lain, jiwa ialah suatu bentuk ukiran pemikiran dan cita-cita yang baik mahupun buruk terkandung di dalam hati.

Secara sederhana, tazkiyyah al-nufus ini dapat difahami sebagai suatu kaedah pendidikan jiwa manusia berbentuk penyucian dalaman dan pembentukan luaran (karakter) supaya dapat mengekang kemahuan dan sifat buruk yang membawa kepada tidak sihatnya mental dan kecelaruan tingkah laku serta penguatan iman dan ketenangan batin. Terdapat dalil daripada al-Quran berkaitan penyucian jiwa ini, iaitu pada Surah al-Syams ayat 9-10 yang bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."

Berbalik kepada tajuk artikel ini, Ramadan mendidik tazkiyyah al-nufus. Seperti yang semua maklum, Ramadan adalah bulan yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk hamba-Nya menunaikan puasa dan satu daripada rukun Islam yang lima. Misi utama maqasid (objektif) puasa adalah untuk membebaskan manusia daripada pengabdian kepada nafsunya sendiri.

Hal ini kerana dalam badan manusia mempunyai sifat mazmumah seperti tamak, sombong, dengki dan riyak.

Imam al-Baidhawi dalam kitab Fathul Bari oleh Ibnu Hajar ada menyebut: "Maqasid Syariah di sebalik puasa bukan hanya semata-mata menahan nafsu lapar dan dahaga, tetapi yang lebih penting adalah menundukkan keingingan hawa nafsu dan mendorong nafsu amarah iaitu nafsu yang tidak pernah puas supaya beralih kepada jiwa yang tenang".

Kesimpulannya, Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk memulakan mendidik jiwa ke arah penyucian.

Maka pada bulan yang mulia ini, kita semua sebagai hamba Allah SWT amat digalakkan untuk membentuk diri yang baharu dengan membersihkan jiwa menerusi amalan membaca al-Quran, berzikir, bermuhasabah, solat malam, mengulang kaji, membaca, mendengar tausiyah.

Dengan melakukannya, ia dapat menyebabkan hati perlahan-lahan disucikan daripada perkara-perkara mazmumah.

Penulis Ketua Jabatan Syariah Islamiyyah, Kolej Islam As Sofa


Sumber:Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.678456 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list