CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1946|Reply: 1

Uqasha Senrose rasa malu buat babak bercinta, pilih drama kekeluargaan sejak bergelar ibu

[Copy link]
Post time 11-3-2025 11:44 AM | Show all posts |Read mode

STATUS sebagai seorang ibu banyak mengubah pandangan dan selera pelakon Uqasha Senrose dalam memilih watak dalam drama lakonannya.

Tidak lagi seperti dahulu, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, cuba mengurangkan menerima tawaran membabitkan babak percintaan atau ada kaitan dengan kisah curang.

Kata Uqasha, sejak mempunyai anak dia mula berasa segan melakonkan babak sedemikian walaupun ia sekadar lakonan.

"Mungkin sebab saya sudah lama tak berlakon tapi memang ada rasa segan nak pandang muka pelakon lelaki dan ada perasaan malu buat babak bercinta.

"Apabila sudah menjadi seorang ibu, banyak benda saya kena fikirkan. Sekarang ini saya lebih banyak terima tawaran cerita genre kekeluargaan yang mampu memberi pengajaran kepada penonton," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu kehidupannya kini lebih tertumpu kepada menguruskan rumah tangga selepas melahirkan anak pertama iaitu Hawra Uqaira pada April 2024.

Walaupun penat namun bagi pelakon ini ia sangat berharga apabila dapat melihat anak membesar di depan mata.

"Puasa tahun ini saya memang tak ambil tawaran yang mengambil masa panjang. Masa lebih banyak diluangkan menjaga anak.

"Sejak bergelar ibu memang bertambah penat. Banyak perkara yang saya perlu belajar kerana ini pengalaman pertama. Tapi rasanya sangat berbaloi melihat anak membesar depan mata," ujarnya.


Dalam masa sama sebagai seorang selebriti Uqasha turut membataskan penglibatan anaknya dalam mana-mana kempen produk.

Malah dia juga tidak akan membawa Uqaira ke lokasi penggambaran kerana faham akan ragam ketika bekerja di luar rumah.

"Anak saya belum usia setahun lagi, jadi rasa memang tidak sesuai untuk bawa ke lokasi.

"Ada juga tawaran kempen produk melibatkan anak, tetapi saya akan letak batasan. Kalau boleh tidak perlu melibatkan anak ke lokasi penggambaran kerana bimbang dia meragam," jelasnya.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 11:58 AM | Show all posts
patut la takde nampak buat pape iklan dgn anak.. kalo ikotkan, mesti ramai offer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.418278 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list