CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15169|Reply: 11

[Jenayah] Berusia 41 Tahun, Lelaki Hidap HIV Cuba Sentuh Wanita Dekat Bazar Ramadan!

[Copy link]
Post time 15-3-2025 06:33 AM | Show all posts |Read mode


Seorang lelaki sengaja sentuh bahagian sensitif wanita di tempat awam dan terbuka.

Dan lelaki berusia 41 tahun ditahan dan  disiasat atas kesalahan mencabul.

Sebelum ini tulars video perbuatan tidak bermoral seorang lelaki. Di mana lelaki kelihatan dengan sengaja melanggar atau membuat sentuhan dengan wanita di sekitar bazaar di Temerloh.

Tindakan lelaki itu benar benar membuatkan ramai yang marah dan mahu dia disiasat segera.

Menurut laporan Malaysia Gazzette, lelaki tersebut sudah pun ditahan. Ini selepas 3 orang wanita membuat laporan polis tentang suspek.

3 orang mangsa membuat laporan polis berusia sekitar 23 sehingga 27 tahun. Laporan polis dibuat pada 10 Mac lalu.

Menurut Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, suspek sengaja bertindak melanggar badan mangsa sebelum menyentuh bahagian sensitif wanita yang menjadi mangsanya.

Polis Temerloh juga mengesahkan suspek memiliki 5 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan barang terlarang.

Lebih mengejutkan suspek mengakui melakukan perbuatan terssebut kerana sudah lama tidak melakukan hubungan kelamin dengan wanita kerana dia mengidap HIV sejak 13 tahun lalu – menurut laporan Malaysia Gazzette.

Oleh sebab itu dia menjadikan wanita wanita lebih muda di kawasan awam, dijadikan mangsa perbuatan tidak bermoralnya.

”Suspek menyatakan perlakuannya bertindak mencabul mangsa adalah kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dia menghidap HIV Positif sejak 13 tahun yang lalu,” tegas Mazlan Hassan dalam kenyataanya.

Dalam pada itu netizen mengingatkan wanita di luar sana agar berhati hati dengan penjenayah seksual seperti lelaki sengaja mengambil kesempatan ke atas mereka.

Mereka memuji tindakan mangsa yang terus membuat laporan polis apabila berlaku sentuhan tidak selamat ke atas mereka.

Suspek telah direman bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Buat masa ini, kes ini masih lagi dalam siasatan – menurut laporan sumber yang sama.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2025 06:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
patut campak je sg pahang sebelah tu….anchor pakai batu kaki dia
dia yg make wrong choices nak held org lain accountable pulak
dasar siot
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nampak dia acah2 terlanggar ja. Buat raso2. Macam tu kira cabul eh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau org tak guna macam ni boleh tak dimatikan ,membazir duit kerajaan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2025 11:11 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-3-2025 02:36 AM
Aku nampak dia acah2 terlanggar ja. Buat raso2. Macam tu kira cabul eh?

Sebelum viral video ni, dia dah buat hal kat pempuan lain. So next time orang kat bazar standby amik video nak tgk benda tu bersiri atau tidak. Report bukan datang dari pempuan2 dlm video tu. Dari sebelum tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi2..
Sangap2 gi pasar cabul orang plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila seks kah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus yg duk rakam ni
Pernah dulu masa sekolah mmg perasan ada sorang jantan cuba gesel2 belakang pompuan. Masatu sesak sbb ada mph book sale ke apa entah pompuan tu tgh pilih2 buku
Mmg nampak that girl rasa pelik tapi dia tak jerit pulak. Kita budak lagi tak bersuara. Jantan tu mmg muka gersangg hishhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 12:35 PM | Show all posts
tak boleh ker bagi sex doll bolehlah dia langgar berpuluh2 kali
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bangkai betul perangai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.080200 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list