Di MD AUTO Malaysia, kami kerap menerima kenderaan Toyota MPV seperti Estima, Alphard, dan Vellfire dengan aduan:
“Brek rasa lembut walaupun pad masih tebal”
“Lampu ABS kadang-kadang menyala sendiri”
Tetapi selepas pemeriksaan penuh, kami dapati puncanya adalah:
- Minyak brek terlalu kotor & lama tak ditukar
⚠️ ABS pump tersumbat, dan tekanan minyak langsung tak sampai ke caliper
Keadaan ini boleh menyebabkan jarak membrek jadi panjang dan rasa "kosong" bila tekan pedal — sangat berbahaya jika dibiarkan.
Nasihat dari kami di MD AUTO:
✔ Tukar minyak brek setiap 2 tahun atau 40,000km
✔ Flushing sistem lebih baik dari hanya tambah minyak baru
✔ Pemeriksaan sistem ABS sangat penting untuk MPV recond
Kami kongsikan ini berdasarkan kes sebenar yang sering berlaku di bengkel kami.
Semoga bermanfaat untuk pemilik Toyota MPV di Malaysia.