CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12239|Reply: 0

[Johor] 2 lelaki melecur, penyaman udara kontena meletup di Pasir Gudang

[Copy link]
Post time 28-1-2026 05:17 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Dua lelaki melecur pada muka dan badan selepas terbabit dalam kejadian letupan unit penyaman udara sebuah kontena di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada 4.51 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku letupan membabitkan penyaman udara kontena yang membabitkan dua mangsa lelaki dewasa berusia 50 dan 20 tahun," menurut pusat gerakan itu dalam kenyataan awal pagi ini.

Kebakaran akibat letupan itu berjaya dipadamkan menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum ketibaan pasukan bomba.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi membabitkan enam anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan ditamatkan sepenuhnya pada 5.14 petang

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.040468 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list