CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12301|Reply: 0

[Sarawak] 692 kes gigitan anjing di Sibu, operasi tangkap anjing liar diperkasa

[Copy link]
Post time 29-1-2026 10:10 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) merekodkan 692 kes kumulatif gigitan anjing bagi tempoh Januari hingga November 2025.

Statistik itu dibentangkan pada Mesyuarat Penuh Majlis di sini pada Rabu, dengan beberapa kawasan dikenal pasti mencatatkan jumlah kes tinggi antaranya Apollo/Deshon, Ding Lik Kiong, Taman Rajan, pusat bandar Sibu dan Tiong Hua.

Pengerusi MPS Clarence Ting (gambar) berkata, kehadiran anjing berkeliaran boleh menimbulkan risiko keselamatan dan kesihatan awam, khususnya di kawasan berpenduduk padat.

“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan penduduk, malah boleh mendatangkan risiko kesihatan awam sekiranya tidak ditangani secara sistematik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan keperluan pelaksanaan operasi penangkapan anjing secara lebih tersusun, sistematik dan berfokus kepada kawasan berisiko tinggi berdasarkan aduan awam serta data yang direkodkan.

Dalam perkembangan berkaitan, MPS turut membentangkan Laporan Penyingkiran Anjing Liar Secara Bersasar bagi tahun 2025.

Menurut laporan tersebut, sebanyak 1,144 ekor anjing liar telah ditangkap sepanjang tahun lalu menerusi operasi yang dijalankan secara berperingkat di beberapa kawasan dikenal pasti.

Berdasarkan rekod bulanan, Oktober mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 122 ekor, diikuti Ogos (110 ekor) dan Julai (108 ekor).

Ting berkata, operasi penangkapan anjing liar akan terus diperkasakan secara strategik dari semasa ke semasa.

“Pada masa sama, kita menggesa orang ramai supaya memelihara haiwan peliharaan secara bertanggungjawab dan tidak membiarkan anjing berkeliaran bagi membantu mengurangkan insiden gigitan di bandar ini,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055350 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list