CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17660|Reply: 1

[Tempatan] Ops Sapu Bersepadu: Imigresen tahan 218 warga asing

[Copy link]
Post time 30-1-2026 02:16 AM | Show all posts |Read mode





Ops Sapu Bersepadu: Imigresen tahan 218 warga asingTimbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Lokman Effendi Ramli bersama warga asing yang ditahan dalam Op Sapu Bersepadu di Taman Emas, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menggempur kawasan perniagaan di Taman Emas, Cheras, di sini, hari ini, dan menahan 218 warga asing menerusi Ops Sapu Bersepadu.

Operasi yang bermula jam 6 petang hingga 9 malam itu menyaksikan seramai 1,087 individu diperiksa di beberapa blok rumah kedai yang digunakan sebagai penginapan warga asing serta kawasan perniagaan sekitar Jalan Emas, di sini.

Seramai 218 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen dalam Op Sapu Bersepadu di Taman Emas, Cheras, malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli, berkata operasi itu digerakkan hasil risikan selama kira kira dua minggu selain aduan awam.

"Dalam operasi itu, seramai 218 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, terdiri daripada 166 lelaki dan 52 perempuan ditahan termasuk dua kanak-kanak, berusia antara dua hingga 53 tahun.

"Warga asing yang ditahan ialah 44 warga Indonesia, Bangladesh (56), India (lima), Myanmar (78), Nepal (10), Sri Lanka (empat), Nigeria (12) serta tujuh dari lain-lain negara," katanya dalam sidang media di lokasi, malam tadi.

Lokman berkata, antara kesalahan dikenal pasti termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas lawatan kerja.

Mengulas mengenai operasi hari ini, Lokman berkata, antara situasi dikesan semasa serbuan ialah cubaan melarikan diri oleh warga asing selain cubaan bersembunyi di bumbung bangunan.

"Bagaimanapun, penggunaan teknologi dron membantu mengesan individu yang cuba meloloskan diri ketika operasi berlangsung.
"Pada operasi kali ini kita berjaya mengesan kira-kira 15 warga asing yang bersembunyi di atas bumbung dengan menggunakan dron yang kita gunakan," katanya.

Selain itu, Lokman menggesa majikan supaya tidak mengambil pekerja asing yang tidak dibenarkan berada dalam negara atau tidak mempunyai kelulusan pas pekerjaan yang sah.

"Kita menggesa orang ramai dan juga majikan sekiranya mempunyai maklumat berkenaan warga asing ini, salurkan kepada Jabatan Imigresen.

"Kita juga menggesa kepada majikan supaya tidak mengambil pekerja asing yang tidak dibenarkan berada dalam negara kita ataupun tidak mempunyai kelulusan pas pekerjaan sah untuk bekerja," katanya.

Beliau berkata, semua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih bagi siasatan dan tindakan susulan.
"Operasi hari ini membabitkan seramai 279 pegawai dan anggota Imigresen, dan turut disertai 10 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya.

Dalam pada itu, katanya, setakat semalam, Imigiresen merekodkan 1,069 operasi penguatkuasaan, dengan 17,793 individu diperiksa dan daripada angka itu, seramai 3,691 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap serta 110 majikan ditahan.

"Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

"Program Repatriasi Migran 2.0 akan tamat pada April ini dan semua PATI dinasihatkan mengambil peluang itu bagi mengelakkan tindakan lebih tegas selepas tempoh berakhir," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman sekali tokey kedai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.211169 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list