|
‘Saya beraksi dalam perlawanan panjang di Roland Garros’LONDON:Rafael Nadal mengakui kepenatan selepas mengharungi Terbuka Perancis apabila pemain nombor satu dunia itu memulakan kempen di gelanggang rumput dengan kemenangan 6-4, 6-4 menundukkan pemain kelayakan dari Australia Matthew Ebden di Queens, kelmarin.\r“Saya menempuh pertembungan sukar di Roland Garros tahun ini.\r\n\n\n\n\rSaya terpaksa beraksi dalam perlawanan yang panjang menyebabkan saya kehabisan tenaga,” kata Nadal, yang akan berdepan Radek Stepanek dalam pusingan ketiga.\r\r\n\n\n\n\n“Saya di sini kerana saya sayangkan kejohanan ini, ia adalah antara kejohanan terbaik dunia yang membantu saya menyesuaikan diri dengan gelanggang rumput.\r“Dalam dunia yang sempurna sepatutnya ada jurang sebulan setengah antara Roland Garros dan Wimbledon, tetapi saya fikir sukar untuk membuat perubahan.”\rNadal memenangi mahkota keenam di Roland Garros apabila menundukkan Roger Federer di Paris, Ahad lalu dan empat hari kemudian dia kembali beraksi dalam kejohanan di barat London.\rWalaupun Nadal tidak banyak berdepan masalah menumpaskan Ebden dalam perlawanan selama 75 minit, pemain Sepanyol itu mendedahkan minda dan tubuhnya tidak cergas seperti yang dimahukan ketika menentang lawan yang menduduki ranking ke-168 dunia dan beraksi dalam perlawanan ke-11 dalam jelajah ATP. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|