|
LONDON: Rafael Nadal menegaskan dia akan kembali cergas dan menemui semula rentak bagi mempertahankan kejuaraan mahkota Wimbledon selepas cabarannya dalam Kejohanan Kelab Queens kelmarin, berakhir dengan kekalahan mengejut kepada Jo-Wilfried Tsonga.\rPemain nombor satu dunia itu tewas 6-7 (3/7), 6-4, 6-1 di suku akhir, sekali gus menamatkan rentetan gemilang yang dilakar sejak lima bulan lalu.\r\n\n\n\n\r Pemain 25 tahun itu menyertai kejohanan di barat London itu sebagai medan pemanas badan sebelum Wimbledon, selepas menyamai rekod enam kali menjuarai Terbuka Perancis dan mara ke final Jelajah ATP tujuh kali berturut-turut.\r\r\n\n\n\n\n Sejak tewas kepada David Ferrer pada suku akhir Terbuka Australia, Nadal mempamerkan permainan konsisten, tetapi tubuh dan mindanya mula tegang dan kepenatan selepas terlalu banyak beraksi dalam perlawanan tahap tinggi.\rDia gagal memberi cabaran kepada Tsonga yang juga pilihan kelima tetapi yakin beberapa hari rehat di rumahnya di Manacor dan ‘mengecas bateri’, dia akan bersedia semula untuk kembali ke England minggu depan. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|