CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9872|Reply: 40

Rajagopal Harus Dipecat

[Copy link]
Post time 30-7-2011 07:16 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by BotakChinPeng at 30-7-2011 19:30

Wa tak kisah kalau Malaysia gagal ke piala dunia disebabkan kekurangan pemain handalan; tapi jika kegagalan hanya berpunca dari tabiat jurulatih yang gemar meninggalkan pemain terbaik di bangku simpanan,kita semua tak boleh berdiam diri saja lagi.

.

Dengan segala kelincahan pemain kebangsaan yang dimiliki ketika ini, sebarang ketua jurulatih hanya pelu turunkan saja kesemua pemain terbaik sedia ada untuk menewaskan pasukan bertunjang pemain import seperti singapura. Tapi tugas
semudah itu pun rajagopal tak mampu lakukan.
Apa yang dia heran sangat dengan Sharbinee Alawi & Ismail Faruqi hingga sanggup mengenepikan Khairul Fahmi & Amirulhadi ketika perlawanan pertama di singapura ? Di bukit Jalil pula apabila Malaysia perlu menjaringkan dua gol, rajagopal bertindak macam bodoh saja memasukkan Gurusamy sedangkan pemain tengah yang lebih berbisa menyerang seperti Ashaari Shamsudin lebih layak.

.

Kelemahan minda rajagopal amat ketara dari awal lagi iaitu ketika pemilihan pemain untuk kempen kalayakan piala dunia.Gary Steven Robbat jauh lebih bagus dari segi serangan serta pertahanan tapi mengapa Gurusamy yang dipilih ? Sweeper terbaik Malaysia Norhafiz Zamani Misbah yang mampu memantapkan barisan pertahanan juga langsung tak dipedulikan. Memandangkan pertahanan malaysia masih lemah, lebih baik gunakan saja tiga pemain pertahanan tengah; Norhafiz sebagai sweeper serta Muslim & Fadli untuk menangkis hantaran bola tinggi pihak lawan.Di bahagian tengah, Amar Rohidan yang kurang berguna pula perlu digantikan dengan Gary Steven Robbat. Rajagopal bukan saja sering mempersiakan beberapa bakat baru & lama tetapi juga terlalu bengap untuk mengatur strategi permainan & formasi pasukan.

.

Memang jelaslah sekarang : Kelemahan Utama Bolasepak Malaysia = Rajagopal

.

Jika FAM tidak bertindak tegas memecatnya, Malaysia akan terus dirundung kehampaan.Jurulatih yang bijak tak akan hadapi kesukaran melayakkan Malaysia ke piala dunia. Malah Malaysia juga berpotensi menjuarai Piala Asia 2015.Tapi jika rajagopal terus kekal sebagai jurulatih? untuk layak ke piala Asia pun Malaysia tak akan mampu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 12:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by ultraPakcik at 31-7-2011 12:55

sepatutnya macam ni baru mantap


--------------------------------​ apek ---------------------------

sabri abu ----- aidil Z ----- norhafis zamani ----- muslim ahmad

---------------------------- gurusamy --------------------------
chanturu -------------------------------​---------------- kunalan
-------------------------- ashari samsudin ----------------------

------ amirul hadi zainal -- ------------------- safee sali ---------
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:16 PM | Show all posts
ego mmg penting tapi terlampau ego memakan diri..katenye x adil amek hafiz zamani misbah based on one game.. ismail faruqi tu bukan sbb die perform time friendly je kan baru king raja ni amek..ckp x serupa bikin la
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:02 PM | Show all posts
Aku Rasa cam ni pun ok kut..Formasi aku lak cam ni..hehe
                     ---------------​ apek ---------------------------

Mahali Jasuli -----norhafis zamani -----  Fadli Shas ----- Azmi Muslim

---------------------------- gurusamy --------------------------
Badrul Baktiar-------------------------------​---------------- kunalan
-------------------------- ashari samsudin ----------------------

------ abdul Hadi Yahya-- ------------------- safee sali ---
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 06:28 PM | Show all posts
Aku Rasa cam ni pun ok kut..Formasi aku lak cam ni..hehe
                     ---------------​ ...
sgv_8888 Post at 4-8-2011 23:02


saya seperti mahu bersetuju dengan formasi ini..barisan ini lebih baik jika dibandingkan apa yang rajagopal selalu mainkan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 07:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by orang_letrik at 6-8-2011 07:15

ape kehe nye masukkan ismail faruqi pn aku xpaham..

midfielder yang baik adalah makluk yg mampu utk kawal bola. lagi sekali..KAWAL BOLA

kene pandai pegang bola...tggu striker naik sblm passing ketika menyerang.

pandai cari ruang utk pass bola..tu keje midfielder

ini tidak..basic permainan pn failed. kalo dpt bola terus nk pass.. baik xyah main

bile bertahan...midfielder pn kene rajin turun. keje midfielder mmg berat.

sbb tu dalam setiap perlawanan bola sepak orang akan namakan midfielder sbg ARKITEK.

a.k.a perangka utk ssbuah pasukan.

Malaysia tak kekurangan player berbakat sebenarnye.. tp cara pengendalian pemain tu yg salah

ramai lg yg bole main utk barisan pertahanan... tp dorang tak disenaraikan.

jgn kerana barisan pemain yg bwk menang AFF cup tu.. kita nak bergantung sepenuhnye

kat dorang utk main pertahanan.. kalo dah performance pn flip flop. amik la player lain.

lagi satu... jgn terlampau byk sangat nak bereksperimen semasa perlawanan penting.

pelajaran yang xde kt sekolah.. belajarlah dari pengalaman lepas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2011 12:30 PM | Show all posts
masa 1st game percaturan Raja nyata x menjadi
masalah raja ni dia suka sangat berexperiment walaupun perlawanan penting
pasaipa pi simpan amirulhadi & hadi pastu wak masuk ismail faruqi & fakri...

fakri......... aku baran betoi dngq nama hang
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 01:42 PM | Show all posts
itu la pasal pdhal aku suke jer tgk amirulhadi tuh main....perform jer gandingan dia ngan safee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 12:03 PM | Show all posts
x harus dipecat

cuma Rajapol perlu serap pendapat ramai saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 06:43 PM | Show all posts
Reply 6# orang_letrik

Sangat setuju
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 06:45 PM | Show all posts
Pada pandangan saya Mahali Jasuli & Asraruddin merupakan bek kanan & kiri Malaysia yang paling sempurna dari segi fiziikal & kebolehan. Kedua-duanya telah mempamerkan persembahan cemerlang menentang singapura. Mengucar kacirkan pertahanan lawan sambil menghalang setiap serangan singapura yang dilancarkan dari tepi.

Jangan tertipu dengan dakwaan pengulas seperti Zainal Abidin Rawop kononnya Mahalli & Asraruddin selalu gagal menyekat pemain lawan. Kredibilliti yang harus dipersoalkan zainal abidin rawop ialah dirinya sendiri. Ada plak dia menyeru & memberi arahan ketika mengulas seolah-olah pemain atas padang boleh dengar apa yang dikatakannya? Siap guna bahasa rojak sekali. Bila Mahali pulangkan bola kepada singapura dia merengek & menuduh Mahali tak tentu pasal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 06:52 PM | Show all posts
Reply 7# lordvoldemort

Ya la.
Dia eksperimen tak bertempat.
Kalo dah mendahului lawan 2-0 & baki perlawanan lagi sepuluh minit baru la boleh eksperimen sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 06:50 PM | Show all posts
Reply 7# lordvoldemort


   mmg betul. x habis2 dengan experimen dye.. boleh bereksperimen tapibertempat la. ini lwn ngn international team(singapura) pon nak eksperimen lg.
perlu ke ? :@
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 12:39 PM | Show all posts
baddrol dipanggil wigan utk buat trial..tapi di mata rajagopal di mana baddrol?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 11:17 AM | Show all posts
awal sgt dapat datok..tu la...dia ni okey tapi FAM kena ada co-coach utk raja ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 11:17 PM | Show all posts
Pada pandangan saya Mahali Jasuli & Asraruddin merupakan bek kanan & kiri Malaysia yang paling sempu ...
BotakChinPeng Post at 14-8-2011 18:45
si mahali... sila lihat video ini



hebat ka pemain ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2011 09:04 PM | Show all posts
si mahali... sila lihat video ini



hebat ka pemain ni
ahli-pemudaUMNO Post at 6-9-2011 23:17


Dari segi teknik & taktik mahalli ialah bek kanan terbaik malaysia.
Dilayang kad merah semasa lawan china tahun lepas pun sebab kurang matang ketika itu & juga sebab pengadil giler dari australia itu sentiasa akan mensabotaj sebarang pasukan yang menentang china.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 12:58 PM | Show all posts
Dari segi teknik & taktik mahalli ialah bek kanan terbaik malaysia.
Dilayang kad merah semasa  ...
BotakChinPeng Post at 8-9-2011 21:04
masa kena kad kuning tu pun kira dia sedang memperlihatkan teknik & skill dia yg bagus la
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 01:00 PM | Show all posts
ooo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2011 07:03 PM | Show all posts
masa kena kad kuning tu pun kira dia sedang memperlihatkan teknik & skill dia yg bagus la
ahli-pemudaUMNO Post at 9-9-2011 12:58


Itu semua tahun lepas la.

Tahun ini ada dia pernah buat macam itu ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.145834 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list