CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2258|Reply: 1

Saya tidak gila - Balotelli

[Copy link]
Post time 11-11-2011 09:43 AM | Show all posts |Read mode

BALOTELLI (tengah) menyelar sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai orang gila.


MILAN - Penyerang Manchester City, Mario Balotelli menegaskan yang dirinya bukan seorang yang kurang siuman, selain memberitahu dia langsung tidak berasa rindu untuk kembali semula beraksi di Serie A.

Balotelli, 21, yang dipanggil untuk memperkuatkan jentera sera- ngan pasukan Itali memberitahu, dia menganggap dirinya sebagai seorang yang menghiburkan dan bersedia untuk memikul tanggungjawab.

"Saya bukan gila seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak, kadang-kadang saya sememangnya agak menghiburkan.
"Saya sedia untuk memikul tanggungjawab walaupun ada pihak yang tidak menganggap sede- mikian," katanya kepada pemberita di kem latihan skuad kebangsaan Itali.

Menurutnya, pihak tertentu lebih berminat berminat dengan kehidupan peribadi saya berbanding aksi saya di atas padang.
"Ia sesuatu yang normal, namun sedikit mengganggu bagi saya," jelasnya.

Penyerang versatil itu mengutip beberapa kad merah dan kad kuning sepanjang musim lalu, mempunyai reputasi sebagai 'budak jahat' di luar padang, melepaskan bunga api dari balkoni pangsapu- rinya yang terletak di tengah bandar, selain mengalami alergi terhadap rumput yang digunakan ke- tika perlawanan serta menarik publisiti dengan memakai topi pelik yang berbentuk sarung tangan.

Balotelli yang telah membuat lima penampilan untuk pasukan Azzuri, namun masih belum menjaringkan gol berkata, telah tiba masanya untuk mempertahankan reputasinya pada peringkat antarabangsa.

"Telah tiba masanya untuk saya bangkit bersama skuad kebangsaan. Saya belum menjaringkan gol dan mewakili pasukan Itali adalah perkara terbaik bagi seorang pemain," katanya sambil menambah pengurus Manchester City, Roberto Mancini dan jurulatih Itali, Cesare Prandelli banyak membantunya untuk menjadi seorang pemain lebih baik.

"Mancini dan Prandelli memberikan ketenangan kepada saya dan membantu saya dari segi teknikal."Saya berasa seperti seorang pemain tengah dan saya juga mampu bermain di bahagian sayap. Bola sepak England telah me- ngajar saya untuk memberi teka- nan dan mengejar kembali pihak lawan apabila saya kehilangan bola.

"Saya tidak merindukan kejoha- nan Itali, tahapnya adalah terlalu rendah dan bola sepak England adalah cantik, menarik dan menghiburkan," katanya.

Itali yang telah melayakkan diri ke kejohanan Euro 2012 akan melawat hos bersama kejohanan, Poland, Jumaat ini untuk perlawanan persahabatan dan melayan kunjungan juara Copa America, Uruguay pada Selasa depan. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 10:37 PM | Show all posts
aku x caya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.047957 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list