CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6883|Reply: 54

Kaedah halus tapi berbisa menangani Riak & Sombong?

[Copy link]
Post time 10-12-2011 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Sorry, semua nak mintak pendapat bernas korang pasal satu masalah ni.

Ada tak kaedah-kaedah halus (sopanlh mksudnya, jgn suggest nama tok bomoh pulak ) tapi 'berbisa' nak menangani org yg suka menunjuk, riak, sombong, tak blh dibantah ni? Serius, tergugat ketenangan hidup aku wei kena berhadapan dgn org mcm ni setiap hari. Dah la ckp meninggi ke langit, mengutuk org macam tak ingat mati :@. Sembayang tak tinggal tp perangai ?

Paling tak blh blah, dia cakap dgn semua org dgn tone esyen yg sama je, tak kira la muda ke tua ke. Aku ni walaupun muda remaja lg tp tau nak bezakan cara bercakap dgn kawan2, org tua. Dia main redah aje tanpa segan silu. Memang hazab .

Lagi satu, riak dia tu sgt ekstrem ok. Aku tgk family dia pun malu wei dgn org sekeliling sbb perangai tak berpatutan dia tu. Semua dlm family dia aku tgk tak adalah mcm tu. Sederhana je. Dia aje yg overdose.

Tolonglah, bagi pendapat menangani masalah ni sebelum aku kena consult doktor mintak ubat penenang. Huhuhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2011 09:53 AM | Show all posts
waktu dy akap tu buat2 tak dgr.komplot dgn member2 lain skali.kalo korang boikot dy, tak jadi la dy nak sombong riak/riak kan? sbbnya watpe cakap besar kalo org takmo dgr or org wat bodo je kat dy{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 09:58 AM | Show all posts
selalunya apa isu yg dia riakkan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 10:03 AM | Show all posts
Buat bodo tu mmg dah dipraktikkan awal2. Tapi tahulah hati ni kdg2 berkepul-kepul asap wei dgr keriakan dia tu. Sabar pun kadang2 blh jd senipis kertas A4 dibuatnya

Member lain pun terpaksa tahan jiwa raga nak simpan rasa hormat yg masih berbaki sikit ni. Kalau tak, mmg dah penuh cop tangan la kat muka org riak melampau ni. Huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 10:07 AM | Show all posts
Reply 3# H4dRi

Macam2. Kereta dia la. Rumah dia la. Pangkat dia la. Itu la. Ini la. Mostly pasal reta benda la. Riak yg amat :@

Dia macam tak ingat mati tu bila2 masa walhal solat dia tak tinggal. Tak tally sungguh perangai dgn ibadahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 10:24 AM | Show all posts
solat x tinngal x smstinya setiap solat yg dia buat tu smpurna, knapa TT selalu bngkitkan ttng dia x tinggal solat, adakah kerana dia prnah tegur TT kerana TT pernah tinggal solat?

ubat utk orng riak ni kita kena lbih riak drpada dia, lme lme dia bosan la nnti

dia msti ada kelemahan, cari la kelemahan dia dan gunakanlah menentang dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2011 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by greyrose at 10-12-2011 10:57

Reply 6# H4dRi

aku pun nak tegur perkara yg sama lepas tengok 2x tt bangkitkan isu pasal tak tinggal solat.
macam yg ko cakap, solat mungkin tak sempurna, dan bukan hamba Allah yang sorang ni saja
malahan mungkin ramai lagi termasuk kita2 yang kat sini

berbalik pada masalah tt ni, nak ubah perangai orang memang susah
apa yang kita boleh buat, cuma perbaiki diri kita
cubalah didik hati tu utk tidak rasa sakit hati bila ada orang yang meninggi diri sebab itu masalah orang berkenaan, bukan
masalah orang yang mendengarnya. Kalau dah tegur pun tak jalan, ignore je lah....jangan layan
lama2 dia faham sendiri lah, kalau masih nak meninggi diri tu lantak dia lah, ITU MASALAH DIA
buat apa susahkan diri sakit hati dgn perangai orang macam tu kalau takda kaitan dgn kita
lainlah kalau dia buat burukkan kita
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 11:32 AM | Show all posts
ritual agama takde kaitan dgn moraliti seseorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2011 11:34 AM | Show all posts
Kenapa TT ni tak habis2 nak kaitkan isu solat tak tinggal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 11:44 AM | Show all posts
saper? ahli keluarga ko ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:31 PM | Show all posts
Aku ada kenalan macam TT...Selalu dia update kat FB status yang boleh membuatkan orang menyampah.. Posting2 dia cam islamik tapi berunsur riak ..cam ner tu..

Mula2 aku n kekawan ni juz cam reply la post dia, bangga dgn pencapaian dia, tapi bila dia dah makin melampau, kitorang x layan..Yang aku x boleh lupakan ialah bila dia cakap, "Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah yang melimpah ruah, boleh la kalau nak beli Toyota Vios cash"
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:48 PM | Show all posts
manusia ni ada 4 jenis yg TT kena paham...

1. yg baik ngan Allah dan baik ngan manusia

2. yg baik ngan Allah, tapi tak baik ngan manusia (mgkin ibadat dia tu x sempurna/ x kusyuk, atau dia diuji dgn imannya, perasan dia je ahli syurga org lain ahli neraka kekdahnyer)

3. yg tak baik ngan Allah, tapi baik ngan manusia (org mcm ni, baik ngan sume org, x lokek, etc, tapi dia x solat & x amalkan cara hidup Islam ataupun dia mmg org bukan Islam)

4. yg x baik ngan Allah, x baik ngan manusia (yg ni penyangak, penjahat sume tuh)

so, org yg TT jumpa mungkin kategori ke 2...selalunya Allah menguji manusia dgn kelebihan yg dia ada, so, mungkin ni ujian dia la tuh, nak tgk tahap keiklasan dia beribadat, betul2 kerana Allah, atau nak menunjuk2 kat manusia...

btw, bila kita bejumpa ngan org2 mcm tu, mgkin Allah nak uji tahap keimanan kita juga, ayat TT
Aku ni walaupun muda remaja lg  tp tau nak bezakan cara bercakap dgn kawan2, org tua.
saya leh kata ni riak (wpun saya tau TT x maksud nak riak)... saya pun kalau jumpa mcm org yg TT jumpa nih, saya pun tend to be just like him/her... so, abaikan je org2 mcm tu, jgn plak kita sama jd mcm dia...x perlu TT nak balas2, biarkan Allah je yg balas... lg power ooo
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 01:25 PM | Show all posts
Reply 12# cingai

good post...

ujian pd kita juga sebenarnya, tapi iman akak nie senipis kulit bawang...so selalunya ke laut juga adanya
kalo jenis jumpa sekali sekala....tahan juga telinga mendengarnya, civilise kaedahnya..
tapi kalo jenis hari-hari....cariklah solusi yg lebih proafktif supaya kita pun boleh menghindar diri drp
mengumpat dia di belakang....

perangai kita pun kekadang tak membayangkan solat yg didirikan juga(including myself)...
kita berdiam di depan, kononnya mendengar sebab nak jaga hati tapi di belakang...macam2 keluar...
so kalo jenis mengadap hari2, bagi jekk...sekali dua, laser jek kat situ...atau buat2 tanya soalan bodo
tapi melalui pengalaman, org2 camni memang kalis peluru, kali bom....
alih-alih dia kata kita dengki, jeles, busuk hati dgn pencapaian gilang cemerlang dia...

and also check this out...NPD; maybe dia ada disorder personality
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 01:35 PM | Show all posts
buat aje solat hajat, supaya kita boleh lepaskan diri dari dia....
dia pun manusia biasa tak lari dari kesilapan.
ada la tu masalah dia atau kelemahan dia yg dia cuba tutup...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 01:57 PM | Show all posts
Reply 6# H4dRi


   
Aku sebut dia tak tinggal solat bkn sbb dia pernah tegur aku ok tp aku pernah dengar dia tegur org lain. Kut ya pun nak tegur, tak perlu la dgn nada sombong. Ya, memang btl la dia menegur tu satu tanggungjawab dia tp sentap jugaklah brader yg ditegur tu dengar ayat kasar dia. Nasib baik brader yg kena tegur tu blh cool down sebab memang salah dia.

Uish, power turbo betul nasihat . Takkan sampai nak ikut-ikutan riak sekali kut. Hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 02:00 PM | Show all posts
Reply 12# cingai


TQ responnya. Terharu pulak tgh hari buta mcm ni.





p.s Aku tak riak ok. Just bg contoh je tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2011 02:04 PM | Show all posts
Reply 11# krieysa


Nasib baik aku dah deactive FB aku. Taklah aku berkemungkinan mengadap benda2 mcm tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 02:05 PM | Show all posts
Reply 10# satusembilan


    Blh dikatakan jgklah. So, kalau nak mengelak dari dia selalu mmg tak boleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 02:21 PM | Show all posts
Reply 13# my-alja


Mmg hari2 jumpalh ni masalahnya. Nak mengelak mmg payah.

Tapi setakat ni mmg tak pernah lg aku melaser sebab aku sedar aku pun tak adalah sesempurna mana . Apa yg dia cakap aku tadah je dgn telinga. Ada jugak org try bagi nasihat elok2 tp kena fire balik kaw2. Kekadang tu kalau angin dia elok, dia iakan jg nasihat org tapi esoknya dia kembali ke bentuk asal.


Ermm... sekatat ni mmg SABAR jelah solusinya. Insya-Allah, aku try upkan kesabaran.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 03:21 PM | Show all posts
Reply 13# my-alja

thanks to u too... bila pk2 balik, betul kata u, org mcm tu maybe ada personality disorder...   
saya penah tebaca kat mana ntah, org yg suka ckp2 besar ni sbnrnya rasa insecure dgn kelemahan diri, dia takut org nampak flaw dlm diri dia, jd dia ckp2 besar biar focus org divert ke benda2 yg dia ckp tuh...

sbb tu org yg mmg betul2 comfortable in their own skin tak perlu heboh2 kat org tentang kelebihan dia, eventually org akan tau jugak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.243032 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list