CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11951|Reply: 66

Penggunaan Seat Belt

[Copy link]
Post time 17-12-2011 12:14 AM | Show all posts |Read mode
salam...



cuma nak tanya pendapat forumer berkenaan dgn penggunaan seat belt @ tali pinggang keledar di kalangan pemandu kereta serta mod pengangkutan yg lain....


ada 3 option kat sini ;

-memang akan pakai seat belt bila memandu : anda memang terus memakai seat belt bila terus masuk ke dalam kereta,tidak kira walau dimana anda berada.

-pakai seat belt bila jumpa polis dan JPJ jer : akan pakai seat belt bila jumpa penguatkuasa JPJ dan polis jer....selepas jumpa terus je tak pakai.....

-memang tak suka pakai seat belt : memang jenis hati kering,tak kira la jumpa polis ke...JPJ ke....mmg selamba badak tak pakai seat belt.....sanggup je kena saman pasal duit berkepuk dlm bank bleh wat byr saman...




sila vote satu je pilihan yg diberi di atas.....sila vote dgn ikhlas ye....nk tau sikap pengguna jln raya especially forumer kat sini...aku bkn apa....selalu tgk org x pkai seat belt ni bila drive...bila aku tanya psl apa...derang jwb leceh la....gatal la....tp malang tak berbau....sekurang kurangnya langkah keselamatan telah diambil....klau mati eksiden gak xde la teruk tercampak terbang bila x pkai seat belt.....klau tred cenggini dah ada aku mtk ampun dan leh delete jer...
Single Polls, Total 49 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 01:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by H4dRi at 17-12-2011 01:30

pakai smasa dlm krete, kalau xpkai akan rs tak slesa sbb bdan x melekat pd kerusi
pd yg bwak kete kete urban terutamanya kete konti mmng nk xnak kna pkai jgak, kalau x pakai nnti buzzer akan berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 02:37 AM | Show all posts
moy da vote no.1


Pakailah Tali Pinggang Keledar!

Adakah anda memakai tali pinggang keledar setiap kali anda memasuki kereta? Jika tidak, tahukah anda bahawa tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa anda jika berlaku kemalangan jalan raya?

Anda sedang memandu mengikut hadlaju yang ditetapkan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta anda. Jika anda memakai tali pinggang keledar, bahagian badan yang paling kuat ketahanan seperti peha, bahu dan dada akan dapat menyerap tekanan rempuhan tersebut.

Jika anda tidak memakai tali pinggang keledar, anda mungkin akan tercampak ke hadapan ke arah roda kemudi, papan pemuka atau cermin depan kereta. Paling malang jika anda tercampak keluar dari kereta yang boleh mengakibatkan kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa.

Jika anda masih lagi berfikir dua kali untuk memakai tali pinggang keledar, cuba renungkan fakta-fakta berikut:

Kebarangkalian untuk mendapat kecedaraan parah adalah dua puluh lima kali lebih tinggi jika anda tercampak keluar dari kereta anda daripada terikat di kerusi kereta.

Pemandu atau penumpang kereta yang memakai tali pinggang keledar mempunyai kelebihan 50% daripada mengalami sebarang kecederaan parah di dalam kemalangan jalan raya.

Dengan memakai tali pinggang keledar, anda boleh mengeluarkan diri dari kereta untuk meminta bantuan dan menolong penumpang lain keluar dari kereta dengan selamat

Ribuan mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya mungkin dapat diselamatkan jika mereka memakai tali pinggang keledar.

Memakai tali pinggang keledar adalah salah satu undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi. Anda boleh didenda jika didapati melanggar undang-undang tersebut.

Nota :Beringatlah, memakai tali pinggang keledar hanya mengambil beberapa saat daripada masa anda tetapi ia dapat menyelamatkan nyawa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 06:50 AM | Show all posts
Aku vote 1...  dulu aku neh jenis num 2... tp lepas kena samam trafik sbb x pakai seatbelt,trus pakai stiap kali msuk keta.. even pi pasar mlm pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 07:18 AM | Show all posts
haku mmg vote no 1 sbb udah jadik tabiat dan kebiasaan..masuk je kete...mesti pakai seat belt walaupun jarak perjalanan hanya 100 meter....rs mcm 'semacam' je badan aku kalau tak dililit oleh seat belt ni....rs mcm kosong semacam jer....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:33 AM | Show all posts
haku mmg vote no 1 sbb udah jadik tabiat dan kebiasaan..masuk je kete...mesti pakai seat belt walaup ...
medangmru Post at 17-12-2011 07:18



    Kn? Rasa pelik je kalu x pakai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2011 09:46 AM | Show all posts
vote no 1 sebab memang dah jadi tabiat aku masuk keta je tarik seatbelt. kalau family aku naik dengan aku, selagi tak pakai seatbelt selagi tu aku tak jalan. depan dan belakang wajib pakai.. ajal maut memang allah tentukan tapi kita berusaha untuk mencegah berlakunya kemalangan atau benda tak diingini. walaupun perjalanan sgt dekat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 10:58 AM | Show all posts
aku sendiri..
1. kalo aku drive..automatically aku akan tarik seatbealt sedari aku setat enjin kete tuh.
2. kalo aku duk sebelah drebar...aku relek2 dulu..sbb aku pikir byk masa jugat aku buleh pakai
bese aku tarik bile daaa masuk jalan besar..jln kampung tak perlu lah..
3. kalo aku duk blkg..(ni jrg2 berlaku), aku rasa skemaa aku tarik...kalo rase bese2 aku wat tatau jer,
tp bese aku tarik gak, aku takut kene saman.

masa aku d kampung dolu2..aku nampak abg2 aku drive..jrg2 amat tarik seatbealt,
aku ter-train menarik sealt bealt ni...masa aku duk labuan.saluu tumpang kete kawan..
aku nampak org belah2 sana (yg bese aku tumpang kete dorang)..masuk je kete..tak kire laa nak
ke umah sebelah ke..mesti tarik seatbealt. aku jadi terikut sama.

kekadang betol jgk.
kalo daa terbiasa...mcm dah tak terasa pakai sealtbealt.
dan dah jd common practice..masuk lam kete..tarik sealt bealt.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 11:08 AM | Show all posts
dulu2..vote no 2..lepas kena saman vote no 1..melayang duit o kena bayar.....
tp untuk keselamatan juga..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 11:23 AM | Show all posts
pakai lebih selamat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 12:18 PM | Show all posts
pakai smasa dlm krete, kalau xpkai akan rs tak slesa sbb bdan x melekat pd kerusi
pd yg bwak kete k ...
H4dRi Post at 17-12-2011 01:29



   byk model baru buzzer dia berbunyi bila x pkai seat belt....kenkadang bengang gak bunyi tet!!!!!.....terus je pkai.....cam psiko lak....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 12:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by oneders at 18-12-2011 11:46

ini benar benar berlaku pada ku masa study dulu,

tahun 2002, malam minggu, ku ngan 3 housemate termasuk tuan kereta cadang keluar dari shah alam menuju kL untuk buang-buang masa, pergi makan kat kampung baru. dalam jam 11pm macam tu, kami terlibat dengan kemalangan di lebuh raya persekutuan. kereta kami ter'sandwich dengan depan sebuah van dan belakang sebuah kereta iswara. impact kemalangan pada kelajuan 90-100km/j. teruk juga aa member ku punya kereta tu sebab kami guna kereta kancil. mujur kami [driver dan ku sebagai co-driver] menggunakan seat belt masa tu. hanya lebam lebam dan tengkuk terkehel sedikit termasuk 2 rakan ku yang duduk dibelakang.

malangnya, kereta belakang, seorang pun tak menggunakan seatbelt. pakcik driver terhentak dada di stering, mujur masih mampu bangkit untuk melihat keadaan isteri dan anak2 dia. anak perempuan dia yang duduk di sebelah pemandu terpaksa dikejarkan ke hospital universiti oleh orang ramai sebab kecederaan kepala yang serius terhatuk cermin depan [serious cermin depan tu ada kesan pecah bulan dibahagian sebelah pemandu] kerana tidak mengunakan seatbelt, anak lelaki kecil pakcik tu yang duduk di tengah ruang kosong seat pemandu dan sebelah pemandu juga mendapat kecederaan dikepala selepas terpelanting terhantuk dashboard [impact 90-100 km/j] dan isteri pakcik tu, mengandung mungkin sudah lebih 6 bulan kerana kelihatan perut yang besar trauma dan pengsan di tempat duduk belakang.

sejak dari pengalaman peristiwa tu, ku tak pernah lupa berpesan sesiapa sahaja yang menumpang kereta ku mahupun jika ku menumpang kereta orang untuk jangan lupa memakai seatbelt demi keselamatan dan mungkin nyawa kerana orang kita selalu mengabaikan perkara macam ni kerana BELUM KENA TRAGEDI PADA DIRI MEREKA SENDIRI.
edit= tambah lupa pada perenggan akhir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 12:37 PM | Show all posts
ini benar benar berlaku pada ku masa study dulu,

tahun 2002, malam minggu, ku ngan 3 housemate te ...

oneders Post at 17-12-2011 12:29


mmg betul....malang x berbau.....mencegah lebih baik dr mengubati.....beringat sebelum kena.....pada pengamatan aku mmg ramai yg masih x pkai seat belt ni.....member2 aku yg bwk kete ramai yg x pkai....dia ckp org tua je yg pkai seat belt.....org muda mana stylo pkai seat belt....mati x kira tua muda......ramai muda mudi suka pecut melebihi 120 km/j bila drive.....anda cuba bayangkan impak bila x pkai seat belt bila terbabas langgar pokok ke....konfom tercampak pecah ikut windscreen dpn kete tu.....



jadi beringatlah.....pemandu malaysia mmg terkenal dgn sikap gelojoh dan tidak berhemah di atas jalan raya......salah satu contohnya dgn tidak memakai seat belt.....yg peliknya bila tidak memandu baik je perangai..... berbudi bahasa....sopan santun...atas jalanraya cam dah kena rasuk puaka je bila memandu...{:4_502:}

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 12:50 PM | Show all posts
mmg betul....malang x berbau.....mencegah lebih baik dr mengubati.....beringat sebelum kena..... ...
tuan_wu Post at 17-12-2011 12:37 PM



   cabul sungguh pd sesaper yg bercakap tak stylo kalau pakai seat belt tu...{:4_232:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 12:57 PM | Show all posts
cabul sungguh pd sesaper yg bercakap tak stylo kalau pakai seat belt tu...

medangmru Post at 17-12-2011 12:50


member aku ada yg ckp camtu.....tp aku diam je ler....nk nasihat lebey2 dah tua bangka....dah ada akal utk fikir baik buruk......jadi hantam saja labu!!!!  

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 01:36 PM | Show all posts
member aku ada yg ckp camtu.....tp aku diam je ler....nk nasihat lebey2 dah tua bangka....dah ad ...
tuan_wu Post at 17-12-2011 12:57 PM



   mebe member ko belum merasakan "penangan" tak pakai seat belt ni...udah kene baru tahu...{:4_500:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2011 02:15 PM | Show all posts
mebe member ko belum merasakan "penangan" tak pakai seat belt ni...udah kene baru tahu...{: ...
medangmru Post at 17-12-2011 13:36



utk lebih parah.....member aku tu keje sebagai doc spital.....bese merawat org eksiden.....tp dia x amik iktibar pun psl kes ni.....psl aku selalu gak naik kete ngan dia....mmg dia x pkai seat belt.....x stylo katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 03:40 PM | Show all posts
dah biasa sangat pakai seat belt...kalau tak pakai rasa lain lak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 03:58 PM | Show all posts
utk lebih parah.....member aku tu keje sebagai doc spital.....bese merawat org eksiden.....tp  ...
tuan_wu Post at 17-12-2011 02:15 PM



   adessssssssssssssssssssss...mmg parah dah tuhhhhhhhhhhhhhhhh{:4_502:}
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 04:43 PM | Show all posts
aku vote 1 sebab aku skema. aku taknak kena saman dan aku tak tahu apa yang akan terjadi nanti.

lagipun, kena lah bagi pengajaran kat bebudak kecik. keta aku keta famili. anak anak buah aku selalu naik kereta aku. budak2 ni masa kecil ni nak kena saiko kan dorang. kalo tak, melompat2 siap panjat dashbod kat belakang tu. bila pakai seatbelt ni, takde lah haru kereta aku.

sebab dah biasa pakai seatbelt (aku driver), bila naik bas pun aku cari seat belt . anyway, aku rasa bas pun kena gak bagi seat belt ni kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.090304 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list