|
MILAN: Juventus terlepas peluang merampas persada Serie A - selepas diikat Parma 0-0 kelmarin - daripada AC Milan yang merakam kemenangan 2-1 ke atas Udinese, Sabtu lalu.\rJuve kini satu mata di belakang pendahulu itu selepas mencatat keputusan seri kali ke-10 daripada 22 perlawanan musim ini tetapi masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan melebarkan rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan kepada 25 perlawanan. \r\n\n\n\n\r Walaupun mendominasi permainan, Juve gagal memecah benteng Parma sehingga terpaksa mengharap belas pengadil untuk menghadiahkan penalti yang dikatakan pengendalinya, Antonio Conte, dipengaruhi teori konspirasi.\r\r\n\n\n\n\n ‘Anda tidak boleh untuk tidak memenangi perlawanan yang anda kuasai tetapi kami tewas kerana kadang kala pergerakan di depan tidak lancar,” kata Conte. “Parma juga bermain baik pada satu-satu ketika tetapi berlaku insiden yang tidak disenangi.\r“Insiden itu jelas sekali mempengaruhi kem Juve apabila mereka (pengadil) takut untuk memberikan penalti, kami mahu layanan sama rata. Saya bukan mahu diberi kelebihan tetapi sukar dipercayai apabila selepas 22 perlawanan, tidak ada satu pun pasukan termasuk dalam liga amatur, yang mendapat penalti lebih sedikit daripada kami.” – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|