CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5257|Reply: 21

Siti rakam album di Indonesia + konsert jalanan di Kuala Lumpur + album melayu&a

[Copy link]
Post time 4-4-2012 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Nadia90 at 5-4-2012 00:11

Dengarnya...: Siti rakam album di Indonesia
Oleh Normah Becok

2012/04/04


AMBOI, Cik Normah dengar, bukan main sibuk lagi penghibur kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza, sepanjang tahun ini. Pelbagai agenda nampaknya sudah disusun bagi menyemarakkan karier seninya yang sudah pun mencecah usia 17 tahun.

Maklumlah, dalam dunia seni yang semakin hebat persaingannya, apatah lagi dengan kemunculan ramai bintang baru yang kian bersinar, maka ‘orang lama’ seperti Siti juga harus merancakkan aktiviti supaya produk sentiasa ada di pasaran. Tengok saja artis Barat seperti Madonna yang tetap kencang muncul bersama album baru, walaupun dia sudah pun menguasai dunia muzik pop sejak hampir tiga dekad lamanya. Khabarnya, Siti juga bakal mengikut jejak sama apabila ada saja projek album baru akan dilaksana. Terbaru yang Cik Normah dengar, dia sudah pun menerima tawaran menghasilkan album bersama syarikat dari Indonesia. Projek terbabit pula dikatakan akan dilaksanakan dengan kadar segera.

Menerusi album terbabit, Siti akan menyanyikan kembali lagu yang pernah dirakam, bersama gubahan muzik yang baru oleh komposer terkemuka negara seberang. Lagu terbabit pula akan dipilih sendiri oleh Siti.

Siti dikatakan menerima tawaran terbabit kerana dia sendiri percaya, untuk memasuki pasaran Indonesia bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, apabila ada pihak di sana yang sudi menghulurkan kerjasama, jadi tentulah salam itu disambut dengan tangan cukup terbuka.

Selepas itu, Siti juga akan menghasilkan album Melayu terbarunya, yang dijangka muncul di pasaran sebelum Aidilfitri. Kepada peminat penyanyi nombor satu negara ini, tentunya ia perkhabaran cukup menggembirakan buat mereka. Album Melayu terakhir Siti ialah Tahajjud Cinta, yang dihasilkan pada 2009. Tahun lalu, Siti muncul bersama album Inggeris pertamanya, All Your Love.

Pada masa sama, Cik Normah dengar, Siti juga bakal bekerjasama dengan beberapa penyanyi Barat untuk projek khasnya. Kalau sebelum ini dia berduet bersama Sean Kingston menerusi lagu Remember You, khabarnya untuk projek seterusnya dia akan berduet pula bersama penyanyi Right Here Waiting, Richard Marx.
Sebelum ini, Cik Normah juga pernah dengar, Siti mungkin akan menjalinkan kerjasama bersama idolanya, Celine Dion. Khabarnya, perbincangan peringkat awal sudah pun dimulakan. Jadi, kita sama-sama tunggulah hasilnya. Mana tahu jika rezeki menyebelahi Siti, maka peminatnya dapat juga mendengar alunan merdu kedua-dua penyanyi kegemaran ramai berkenaan.


-Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2012 04:03 PM | Show all posts
excitednya!!!!!!

aku harap mana yg ko bold biru tu menjadi kenyataan tahun ni!!!...

ngan richard marx & celine??? i hope she can comes with heavenly made ballad song!

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 09:14 PM | Show all posts
Sebelum ini, Cik Normah juga pernah dengar, Siti mungkin akan menjalinkan kerjasama bersama idolanya, Celine Dion. Khabarnya, perbincangan peringkat awal sudah pun dimulakan.



bestnya kalau kerjasama tu menjadi... can't wait!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 10:13 PM | Show all posts
kawan2 indo yg pegi smbtan ulangtahun ke 17 siti kat indo cakap Siti dah sign contract da ngan label kat indo..tp dia cakp bukan full album just kompilasi the best je dgn 2 lagu baru.. katanya sudah siap semua tggl nk edar kan ke pasaran je.. xtau la betul ke tak..katanya la..kita tengok je la betul ke x bdak2 indo ni cakap..

tp yg plg Xcited duet ngan Celine Dion tu.. kalu la benar2 berlaku.. syoknya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 11:42 PM | Show all posts
dalam metro hari ni cakap projek siti utk tahun ni ialah:

1) konsert jalanan di Kuala Lumpur
2) rakaman album melayu, inggeris dan di indonesia

so, betullah tu kot dia rakam album kat indon..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2012 12:02 AM | Show all posts
Balik-balik gosip lagi!
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]


KEBAL sekebal perisai. Begitulah dirinya diibaratkan figura yang terkenal ini. Sudah 17 tahun beliau menjadi anak seni, menyusuri jalanan yang berduri untuk sampai ke tahap ini. Demikianlah Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 33.


Diduga lagi dengan gosip terbaru apabila suaminya , Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K) dikatakan mahu mengahwini pelakon jelita, Rozita Che Wan, Siti menyambut perkhabaran itu dengan perasaan ‘kosong’.


“Sebelum ini, gosip yang sama pernah disebarkan dan sekali lagi diperkatakan baru-baru ini. Ketika membacanya, Siti langsung tak rasa apa-apa, jauh sekali mahu bertanya pada suami Siti kerana Siti tahu semuanya tak betul.

“Kadang-kadang memang Siti geram juga tapi Siti malas nak layan sebab akhirnya kita juga yang pening. Sebagai isteri, tentu kita lebih kenal siapa suami kita dan tiada sebab Siti nak curiga dengan DK (Datuk K). Siti pula jadi kesian dengan DK apabila kawan-kawan bertanya tentang gosip itu.


“DK nampak sangat tertekan dan tak selesa namanya diheret lagi ke dalam gosip sebegini sehingga Siti pula terpaksa menenangkannya,” ujar Siti ketika ditemui kelmarin.



Enggan melayan cerita karut sebegitu, Siti akui kalau ada perasaan yang terbit pun ia hanyalah lebih kepada rasa kesal kepada pihak yang tidak sudah-sudah menabur fitnah.

Mengulas laporan akhbar ini Jumaat lalu mengatakan, Rozita atau Che Ta khabarnya mahu mengahwini Datuk K, perkara itu juga dinafikan sekeras-kerasnya oleh Rozita.

Bahkan pelakon drama Bunga Bunga Syurga itu merancang untuk menyaman penyebar fitnah itu kerana laporan berkenaan menjejaskan reputasi dan mengaibkan maruahnya.

“Susah juga hendak menjejaki individu yang terbabit menyebarkan fitnah itu sebab identiti mereka kurang jelas.

“Sekarang ini, apa yang Siti mampu lakukan adalah berdoa kepada Allah s.w.t.
Hanya Dia yang tahu tahap kesabaran Siti selama ini. Siti berdoa semoga dosa penyebar fitnah itu diampunkan sebab dosa orang fitnah lebih dahsyat daripada membunuh,” katanya.

Langsung tidak pernah terdetik untuk membenci Rozita, kerana Siti sedar bahawa aktres itu juga menjadi mangsa keadaan.

“Tiada sebab untuk Siti bermasam muka dengan Rozita kerana dia pun mangsa fitnah. Lagipun, setiap hari DK bersama Siti. Habis kerja, DK akan pulang ke rumah dan Siti tidak nampak kenapa Siti perlu curiga,” katanya lagi.

Meraikan sambutan 17 tahun sebagai anak seni pada 1 April lalu, tahun ini menjanjikan pelbagai projek daripada penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu.

Konsert jalanan di Kuala Lumpur, rakaman album Melayu, Inggeris dan di Indonesia antara bakal dilakukan Siti. Selain itu, dia akan melancarkan rangkaian produk terbaru SimplySiti.

Pada Ahad ini, 8 April nanti, Siti akan memeriahkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Arena Of Stars.

Selain membuat persembahan, Siti turut bertanding dalam kategori khas iaitu Anugerah Seri Perak yang menyenaraikan semua bekas pemenang Bintang Paling popular.

“Tahun lalu Siti mengumumkan persaraan Siti daripada bertanding di ABPBH untuk memberi laluan kepada pendatang baru. Bagaimanapun tahun ini, Anugerah Seri Perak menghimpunkan kembali semua bekas Bintang Paling Popular sempena sambutan Jubli Perak.

“Siti melihat ini sebagai penghargaan, bukan pertandingan. Seronoknya Siti akan membuat persembahan ‘tribute’ kepada Whitney Houston pada majlis itu,” katanya.

Manakala pada 13 Mei nanti, Siti terbabit pula dengan sebuah persembahan bersempena sambutan Hari Ibu bertemakan Istimewa Hari Ibu... Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza.

Ia akan diadakan di Grand Selangor Ballroom, Grand Dorsett Subang Hotel, Subang Jaya.

“Kali terakhir Siti buat persembahan hari ibu adalah pada 2007 di Dewan Perdana Felda bersama Mawi dan Jamal Abdillah.

“Persembahan kali ini memang Siti nanti-nantikan.

“Apa yang boleh Siti janjikan, persembahan kali ini lebih dekat dengan penonton dan santai kerana kita memilih untuk melaksanakan majlis ini pada waktu petang.

“Lagu-lagu yang akan dibawakan bersesuaian dengan tema dan untuk golongan ibu Siti akan nyanyikan lagu malar segar Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Saloma, Broery Marantika, Datuk Sharifah Aini dan lagu Siti sendiri,” katanya.

Tiket dijual pada harga RM1,000, RM500, RM400, RM300 dan RM250 seorang.
Sebarang pertanyaan mengenai tiket boleh terus menghubungi terus talian 03-50316060 atau 019-3677573 (Fatin), 017-6903767 (Anis), 019-3838115 (Ros).


-harian metro

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2012 10:22 AM | Show all posts
ntah la baca cam excited tp tkt janji tggl janji jerr...yer la tokti pn asyik ngan SS dia jerr..naik bosan aku tggu bdna yg berkaitan ngan nyanyian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 01:45 PM | Show all posts
ntah la baca cam excited tp tkt janji tggl janji jerr...yer la tokti pn asyik ngan SS dia jerr..naik ...
graxier06 Post at 5-4-2012 10:22


entahla,skang ni ct cm x kisah sgt tentang kerjaya nyanyian...asyik ngn SS je...ct kne sedar majoriti org beli SS sbb mereka adalah peminat...so utk sustain n stabilkan SS,ct kne terus hasilkan produk yg bgs dari segi nyanyian.meaning,lagu yg popular.ni lagu pun x kedengaran,cmne?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 05:15 PM | Show all posts
terujanya ct nak nyanyi lagu whitney houston...

ke lagu yg ct penah nyanyi.. i will always love u dan greatest love of all?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 11:57 PM | Show all posts
mintak2 la kolaborasi dengan erwin gutawa...Richard marx bukan dah basi ke? Album melayu sebelum aidilfitri? Aku rasa hujung tahun belum tentu release..CT ni bila la dia nak buat anak..sila ambil cuti setahun!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 01:12 AM | Show all posts
aku tak rasa album melayu akan siap dan berada di pasaran sebelum aidilfitri... ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 11:15 PM | Show all posts
teruja mdengar smua plannya wlupun hnya 50% jer pcaya dgn smua itu, terutamanya dr segi masa..kata tahun ni ntah2 tahun depan bru jd smua prncangan tu..

smbil tu nk share gambar2 gathering sitizoners kt Bogor tempoh hari yg dh dicompilekn..aku nmpk dorg sronok gilerrr..wlupun umah sbelah melabel mjlis gathring pprt tp dorg lg teruk kn.. lnsg x dpt berbuat sdemikian bsama artis kegemaran dorg..haha

SITI & DATUK K di Villa Coolibah Puncak Bogor Jakarta

   



senyum jer dorg..



Makan pisang baik utk kesihatan..haha..




Byeeee nak balik dh..permisi dlu pak haha..


1001 gambar di Majlis Gathering Sitizoners smpena ulangtahun ke-17 thn Siti dlm industri muzik..
























Credit pics : FB Kz n Ctzoners




Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 02:58 AM | Show all posts
Iya, lagi segar lagi fresh semestinya dari asalnya..hasil albumnya juga pasti fresh juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 12:25 AM | Show all posts
jgn syok or berngan sndr sudahla, dok cbuk canang itu ini tgk2 x jadi ...........hope segalanya berjln lancar sprt apa yg dirancang....(takut klu canang awal2ni)
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 09:13 AM | Show all posts
teruja sgt dengan ketiga2 agenda tu...kalau menjadilah.

esp album melayu siti. dah rindu nak dengar album ballad melayu siti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 06:06 PM | Show all posts
teruja sgt dengan ketiga2 agenda tu...kalau menjadilah.

esp album melayu siti. dah ri ...
sixret Post at 8-4-2012 09:13 AM



    setujukkk... rindu dengan lagu lagu melayu diaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2012 08:43 PM | Show all posts
harap2 duet dengan Celine Dion menjadi satu kenyataan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 09:37 AM | Show all posts
Hmmm aku rasa Siti patut berehat dulu daripada aktiviti2 menyanyi/rakam album ini. Bukan apa, tiap2 tahun ada muka CT seakan2 tiada keistimewaan. Even if CT buat album bahasa tamil sekalipun, takde rase special sebab dah terlalu banyak product CT di luar sana. Aku rasa kalau CT rehat buat 3-4 tahun dan kembali dengan album baru biarpun album pop biasa, akan terasa bisanya semula.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 09:59 AM | Show all posts
Reply 16# khyree


    harap ada lagilah kerjasama dgn komposer indon.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 10:49 AM | Show all posts
nak tergelak iols dgn uols ni.. kalau macam ni punye perancangan iols takkan salahkan CT kalau tak menjadi.. sebab sah2 ni dtg dr mulut peggosip yg ntah betul ntah tidak.. tak perlu ambik pot sgt selagi bukan keluar dr mulut ct.. kalau derang interview ct dan ct yg bgtau ni semua tu layaklah kene hempuk kalau tak jadi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.097690 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list