saffianoprada posted on 23-7-2012 11:32 PM
masyaALLAH. bak mai recepi.. menjadi tak? bile dipotong ala2 tali2 x? beef ke chicken ni?
ian
Semalam buat bila potong sedikit ada lembik aa
tapi habis gak Ian, licin gak
aku uat ikut resepi RASA
Tang bahan D tu aku guna mozzarella ja
aku guna satu cheese ja ian...
ang try lah buat
LASAGNA DAGING ::
Bahan A:
500gm plat lasagna pasta
Bahan B:
500gm daging hancur (seeloknya daging batang pinang)
30gm bawang putih - dicincang
40gm bawang besar - dipotong kiub kecil
100gm isi tomato
50gm pati tomato
5gm daun basil
3gm daun salam
3gm oregano
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Lada putih secukupnya
Bahan C: (Sos keju)
90gm mentega (hak ni aku guna marjerin sbb butter aku abis lah pulak)
75gm tepung gandum
800ml susu cair
65gm keju parmesan (disagat)
Bahan D: (Keju topping)
250gm keju mozzarella (disagat)
200gm keju cheddar
Cara memasak:
1. Sos daging: Tumis bahan B seperti bawang putih dan bawang besar sehingga keperangan. selepas itu masukkan oregano, daun basil dan daun bay.
2. Tambahkan pati tomato dan masukkan daging hancur. Tumis sehingga daging masak.
3. Tambahkan isi tomato dan masukkan lada putih dan garam secukup rasa. Kacau rata dan angkat. Ketepikan.
4. sos keju (Bahan D): Panaskan mentega di dalam periuk sehingga cair. Tambahkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit serta digaul sehingga rata.
6. Masukkan keju parmesan. Kacau rata dan angkat. Ketepikan.
Lasagna (Bahan A):
1. Rebuskan flat lasagna pasta sehingga sederhana masak. Angkat dan rendam di dalam air sejuk. selepas itu, tapiskan.
2. Sapu mentega di dalam acuan berbentuk empat segi. susunkan lapisan lasagna. Masukkan sos daging. Tambahkan sos keju di atas lapisan sos daging tadi. Letak satu lapisan lagi flat lasagna pasta dan ulang cara tadi. Buat sekurang-kurangnya tiga lapisan lasagna.
3. Bahagian atas lasagna, ditaburkan keju topping. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 350oC selama 15-20 minit. sedia dihidangkan.
Credit ** RASA
|